Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Farhash saman Yusoff Rawther berhubung kata fitnah dalam sidang media
Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak

Farhash saman Yusoff Rawther berhubung kata fitnah dalam sidang media

BernamaJanuary 28, 2020 3:22 pm




Yusoff Rawther (kanan) bersama peguamnya Mohd Haniff Khatri Abdulla

Setiausaha Politik kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak memfailkan saman terhadap Muhammed Yusoff Rawther berhubung kata-kata fitnah yang mendakwa beliau telah dipukul dan dicederakan.

Saman itu difailkan Farhash, 38, selaku plaintif menerusi Tetuan Kumar Thangaraju & Co pada 24 Jan menamakan Muhammed Yusoff, 27, yang merupakan bekas pegawai penyelidik Anwar sebagai defendan.

Pihak media memperoleh salinan dokumen itu selepas pengurusan kes di dalam kamar Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Rumaizah Baharom hari ini, yang dihadiri peguam T. Kumar mewakili Farhash.

Kumar memberitahu pemberita bahawa writ saman itu belum diserahkan kepada defendan dan hari ini ditetapkan untuk pengurusan kes kali pertama.

Dalam penyataan tuntutan, Farhash yang juga Pengerusi PKR Perak mendakwa defendan telah mengadakan sidang media di Lembah Klang pada 4 Dis tahun lepas yang dihadiri wartawan dari syarikat media.

Plaintif mendakwa rakaman video sidang media itu telah dimasukkan ke dalam akaun Facebook yang dinamakan sebagai ´Solidariti Buat Muhammed Yusoff Rawter´ dan video tersebut telah diedarkan secara meluas melalui media sosial.

Farhash mendakwa kata-kata yang memudaratkan itu telah diterbitkan dengan niat jahat oleh defendan untuk menjejaskan imej dan reputasi beliau sebagai seorang ahli politik PKR dalam kalangan umum.

Katanya, satu notis tuntutan telah dikeluarkan pada 30 Dis tahun lalu bagi menuntut defendan menarik balik kesemua kata-kata itu dan mengemukakan permohonan maaf, namun pada 31 Dis tahun lepas, defendan melalui peguamnya Tetuan Haniff Khatri dalam surat jawapan menafikan dakwaan tersebut.

Plaintif mendakwa sehingga kini defendan masih enggan mematuhi tuntutan plaintif melalui notis tuntutan itu dan laman Facebook video tersebut masih boleh diakses oleh umum.

Plaintif menuntut suatu perintah injunksi menghalang defendan atau ejen-ejen defendan daripada menerbitkan dan/atau menyambung penerbitan kata-kata memudaratkan atau fitnah yang sama atau serupa terhadap plaintif, ganti rugi am, teruk, teladan, kos, faedah ke atas jumlah ganti rugi dan relief lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.– BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Kos RM35.4 juta boleh buat ujian swab lebih 500,000 rakyat Malaysia

Pejabat PM sahkan RM35 juta untuk projek bina 3 dewan bukan 1 dewan

Hanipa minta gerai jual burger dibuka hingga jam 12 malam

Vaksin COVID-19: Khairy kecewakan rakyat Malaysia

4,029 kes baru tertinggi direkodkan hari ini

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production