Masih mahu mencuba menyelamatkan perkahwinan, pelakon, Farid Kamil tiba ke di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang dengan jambangan bunga.
Bunga tersebut dikatakan tanda perdamaian dari Farid buat Diana Danielle lapor Berita Harian.
“Bunga ini untuk Diana tanda perdamaian pertama,” katanya ringkas sebelum masuk dewan bicara di mahkamah, di sini.
Sementara itu, isterinya, Diana hadir lebih awal pada 8.55 pagi memakai baju hitam bersama pengawal peribadi.
“Salam Ramadan,” katanya ringkas.