Fariz Musa meninggal dunia

Oleh NASUHA RAHMAN

Kordinator Jingga 13 Malaysia Cikgu Fariz Musa dilaporkan telah meninggal dunia di Hospital Sultan Nur Zahirah kira-kira jam 12.20 pagi tadi akibat Covid-19.

Kelmarin Allahyarham telah dikejarkan ke hospital dalam keadaan kritikal dan ditidurkan kerana dikatakan mengalami gejala Covid-19.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Kordinatornya Mikhael Iskhandar dalam satu kenyataan pagi ini.

Difahamkan isterinya juga turut dikuarantin kerana Covid-19.

Jenazah Allahyarham Cikgu Fariz Musa akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kg Darat Pak Chan, Marang, Terengganu diantara jam 8.30 ke jam 9.00 pagi.

“Mari kita bersama-sama mendoakan kebaikan dan kesembuhan buat isteri dan keluarganya.

“Semoga Allah cucuri rahmat dan keampunan buat Allahyarham Cikgu Fariz Musa.

“Kepada semua yang mengenali Allahyarham Cikgu Fariz Musa yang ingin menyumbang bagi meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh keluarganya boleh terus ke nombor akaun Maybank 163064117948 atas nama Nor Hayati Binti Husain (Isteri Allahyarham Cikgu Fariz Musa),” kata beliau.