FAS jangan heret Red Giant ke kancah politik murahan

FAS jangan heret Red Giant ke kancah politik murahan

Ketua Pemuda AMANAH Negeri Selangor, Abbas Azmi mengingatkan pengurusan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) supaya tidak mempolitikkan isu penggunaan Stadium Shah Alam dan menimbulkan perseptif negatif terhadap kerajaan negeri.

Kata beliau, sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor telah diperjelaskan oleh YB Amirruddin Shaari, Exco Belia dan Sukan berkenaan isu penggunaan Stadium Shah Alam oleh pasukan Red Giant Selangor.

“Jelas daripada penjelasan YB Amirruddin Shaari memperlihatkan pengurusan FAS tidak memahami prosuder penggunaan stadium seperti yang telah ditetapkan.

“FAS adalah sebuah badan yang menguruskan pasukan Merah Kuning sahaja dan pengurusan stadium ini terletak kepada kerajaan negeri Selangor yang kini diletakkan di bawah sebuah anak syarikat kerajaan negeri.

“Ini tidak bermakna pasukan Red Giant boleh menggunakan sesuka hati di stadium shah alam itu. Segala tanggungjawab menguruskan stadium ini bukan terletak di bawah FAS,” kata Abbas dalam satu kenyataan.

Kata Abbas, beliau melihat Pengurusan FAS cuba menjadikan isu ini sebagai modal politik bagi menimbulkan persepsi negatif kepada kerajaan negeri.

Justeru beliau menyeru kepada FAS agar memahami prosuder penggunaan stadium dan sebaiknya menjalin hubungan yang baik dengan kerajaan negeri Selangor.

Ujarnya, FAS sepatutnya menumpukan sepenuhnya kepada prestasi skuad Red Giant ini agar reputasi Red Giant tidak jatuh. Sukan sepatutnya bebas dari apa apa unsur politik yang boleh merosakkan sukan itu sendiri.

“Sukan adalah medium yang menyatupadukan rakyat khususnya orang muda dan apabila sukan cuba dipolitikkan rakyat bertambah bosan.

“Sebaiknya sebarang permasalahan yang timbul diselesaikan bersama di meja rundingan. Jangan hanya suka menuding jari kepada kerajaan negeri tanpa ada perundingan untuk mencari penyelesaian.

“Sekalung tahniah diucapkan kepada Kerajaan negeri Selangor khususnya YB Amirruddin Shaari yang cuba menghidupkan sukan bola sepak dan menjadikan pembangunan bola sepak sebagai agenda utama.

Tambah beliau, tidak pelik jika satu hari nanti pasukan selain Red Giant di Selangor ini akan mampu menandingi kehebatan Red Giant sekiranya FAS tidak mampu menguruskan pasukan dengan baik dan penuh integriti.

“Harapan kami orang muda janganlah dipolitikkan atau ada unsur mengheret sukan bola sepak ini kekancah politik apatah lagi politik bersifat murahan seperti yang berlaku pada hari ini,” kata beliau.

0.0
OVERALL SCORE
Have no any user vote