Fatah syor pembentukan kerajaan negara perpaduan Palestin tidak lama lagi

Fatah syor pembentukan kerajaan negara perpaduan Palestin tidak lama lagi

Jawatankuasa pusat Parti Fatah pimpinan Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada petang Ahad mengesyorkan pembentukan sebuah kerajaan negara perpaduan tidak lama lagi, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan jawatakuasa itu.

Dalam kenyataan susulan satu mesyuarat yang dipengerusikan Abbas, jawatankuasa itu berkata kerajaan perpaduan baharu tersebut hendaklah terdiri daripada golongan politik, anggota Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan tokoh bebas Palestin bagi menggantikan kerajaan konsensus semasa yang diketuai Perdana Menteri Rami Hamdallah.

Jawatankuasa itu turut mengesyorkan pembentukan satu jawatankuasa yang membabitkan pemimpin Fatah bagi memulakan dialog dan perundingan dengan PLO berkaitan pembentukan kerajaan baharu.

Kerajaan konsensus semasa Palestin dibentuk pada pertengahan 2014 selaras dengan satu perjanjian damai yang dicapai di Gaza di rumah pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh.

— BERNAMA