Fazura dituduh ‘clubbing’ dan tidak bertudung, ini jawapan tuan badan “saya tak pernah kata terpaling solehah, tapi…”

Oleh KIM SYAZIE

Nama aktres jelita, Nur Fazura Shariffuddin menjadi buah mulut selepas didakwa mengunjungi sebuah kelab malam dan tidak bertudung ketika bercuti di Indonesia baru-baru ini.

Mengulas dakwaan tersebut, pelakon dan usahawan itu menegaskan agar mana-mana pihak yang menyebarkan berita tidak benar itu berhenti segera dari terus berbuat demikian.

“Sebenarnya saya tak nak komen panjang hal ini tapi saya terkejut. Saya pun manusia biasa

“Saya pun sebelum ini tidak pernah mengatakan saya terpaling solehah, tiada kenyataan sebelum ini saya kata saya mengaji dan solat setiap hari.

“Setiap hari saya berusaha ke arah lebih baik dan istiqamah,” katanya kepada media.

Fazura berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis Ngopi bersama Fazura yang berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpura pada semalam.

Mengakui sukakan hiburan namun Fazura menganggap apa yang perkatakan itu satu tuduhan berat kerana menuduhnya pergi ke kelab malam bersama beberapa orang rakan.

“Saya memang ada kongsi di Instagram saya pakai hoodie dan topi, tapi kalau pergi clubbing itu tuduhan yang berat… sejujurnya tak ada.

“Kalau nak pergi clubbing ke mana? Dah tutup.

“Sejujurnya saya memang suka muzik dan menari, bila saya sibuk 24 jam bila ada masa terluang saya akan berhibur dengan kawan-kawan.

“Saya suka pergi karaoke dengan kawan, sekarang ada banyak kedai makan yang pasang muzik kuat,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Fazura berkata dirinya tidak pernah ambil tahu mengenai orang lain apatah lagi merancang untuk melakukan sesuatu yang buruk atas tujuan tidak baik.

“Saya tak pernah rancang untuk jatuhkan orang demi naikkan diri sendiri.

“Doakan saya jadi muslimah yang baik, yang penting saya jadi diri sendiri berbanding saya bertutup litup kang tiba-tiba saya buka pula.

“Tak pakai inner pun dapat komen masuk neraka. Tapi inilah saya,” ujarnya.

Sebelum ini kecoh di forum hiburan sebuah akaun peminat tegar selebriti memuat naik status berbaur sindiran yang ditujukan kepada seorang aktres dan juga usahawan tudung.

Netizen itu mendakwa seorang selebriti mengunjungi kelab malam dengan memakai topi dan hoodie.

Gara-gara topi itu netizen memetik nama Fazura sebagai pelakon yang dimaksudkan.

Baca juga: Teringin nak makan kek marble? Cuba resipi ini, mudah dan confirm jadi!