Malaysia Dateline

FB Najib Razak dihujani ucapan tahniah

Facebook Datuk Seri Najib Tun Razak dihujani ucapan tahniah daripada netizen susulan satu gambar beliau yang tersenyum bersama dua lelaki dan tiga perempuan yang kini sedang tular.

Gambar yang mula tular malam tadi menunjukkan Najib berada di tengah-tengah manakala di kanan beliau seorang wanita sedang memaut tangan Najib dalam satu majlis sambutan hari jadi.

Wanita terbabit menjadi tanda tanya netizen di mana beliau kelihatan tersenyum dan mesra berada di sebelah Najib.

Najib yang membuat posting malam tadi dengan memuat naik gambar makan malam bersama Menteri Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan dan Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon tetapi lain pula komen-komen yang ditinggalkan oleh netizen.

Antara adalah Wan Ahmad Fayhsal yang meninggalkan komen selamat pengantin baru Datuk Seri.

Komen-komen yang ditinggalkan netizen

“Tahniah datuk seri. Bila nak buat majlis marhaen nak makan nasi minyak,” komen Muhamad Harris Nasril.

“Lawa family photo terbaru Dato.. serba hijauu.. Tahniah dato sri,” tulis Ammar Asyraf.

“Tahniah dato sri… Dah beristeri lagi… Semoga dipermudahkan urusan,” kata Kamal Johan.

“till jannah tok…datin ok ka,”komen Azizul Hafifi.

Melalui posting ini, hampir 10 ribu yang menyukainya dan mendapat lebih 650 komen rata-rata mengucapkan tahniah kepada beliau.

Tidak kurang juga ada dalam kalangan netizen menyifatkan gambar tersebut diedit untuk memburukkan imej bekas Perdana Menteri itu.

Bagaimanapun, sehingga pagi ini Najib yang digelar Bossku belum membuat apa-apa respons terhadap gambar beliau yang sedang tular itu.