Malaysia Dateline

FB pengasas PTS Media Group Puan Ainon dihujani kritikan gara-gara kongsi tips ini…

Puan Ainon Mohd pengasas yang menubuhkan syarikat PTS Media Group Sdn Bhd sering berkongsi tips-tips untuk berjaya dalam perniagaan namun baru-baru ini facebook beliau dihujani kritikan gara-gara satu tips yang dikongsi beliau.

Perkongsian tips melalui facbooknya mendapat respons yang baik dan sering dijadikan panduan untuk mereka yang berniaga.

Namun baru ini ada satu tips yang dikongsi beliau telah mendapat beribu-ribu komen balas para netizen dan rata-rata mereka tidak bersetuju dengan tips beliau.

Tips tersebut iaitu ‘tidak perlu belanja staff makan’ di mana Puan Ainon menekankan majikan tidak perlu membelanja staff makan-makan kerana mereka telah dibayar gaji dan lain-lain bayaran yang menjadi hak mereka.

FB pengasas PTS Media Group Puan Ainon dihujani kritikan gara-gara kongsi tips ini...
Puan Ainon Mohd sering berkongsi tips-tips untuk mereka mahu memulakan perniagaan di facebooknya

Menurutnya, majikan perlu menyimpan duit belanja staff makan-makan itu dan berikan kepada kakitangan sebagai duit bonus hujung tahun mereka.

“Sementara tunggu bonus hujung tahun duit itu boleh dipusing-pusingkan sebagai modal bisnes. Pekerja dapat duit bonus, kita dapat duit modal.

“Kita bukannya kedekut. Kita menguruskan duit bisnes dengan cara yang lebih bijak,” katanya.

Namun rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tips yang dikongsi itu ada yang mengatakan tips itu tidak sesuai untuk majikan dan staff beragama Islam.

Daktor gigi Azila Mohd Kasim turut memberi komen mengatakan sebagai peniaga Islam jangan terlalu kebendaan dan keduniaan kerana dalam berniaga, umat Islam mahukan pahala dan keberkatan rezeki.

“Sesekali makan bersama-sama staf akan mengeratkan silaturrahim dan sedekah makanan adalah sebaik-baik sedekah terutama dengan orang yang hari-hari disamping kita. Duit gaji, elaun dan bonus tu lain,” komen beliau.

Influencer dan juga Pengusaha kedai kek Azlina Ina menyatakan tidak bersetju dengan tips yang dikongsi Puan Ainon kali ini kerana belanja dan bayar gaji ada dua perkara yang berbeza.

“Satu-satu nya yang saya xsetuju.

“Belanja dan bayr gaji dua benda berbeza, belanja seolah-olah penghargaan kasih sayang dan satu sedekah yang akan membawa doa dari mereka untuk kita murah rezeki.

“Walau saya dah beri gaji, saya masakkan tengah hari setiap hari selama 6 tahun tanpa gagal kalau tidak smpat staff bergilir. Duit kalau sentiasa dikira akan sentiasa rasa tidak cukup tapi kalau duit yang dikira sentiasa dibagi sebahagian untuk kebajikan orang yang mengerah keringat demi busines kita majukan itu adalah satu tindakan yang sangat bijak,” katanya.

Menurut Anis Syuhada pereka dalaman beliau suka belanja staff makan kerana ini adalah cara menghargai penat lelah mereka selepas berhempas pulas mereka bekerja.

“Tak kira staff part time or full time. Pekerja fulltime kami memang makan mereka company tanggung. Ia ibarat setiap hari kami bersedekah dan kami percaya konsep rezeki. Staff juga tak berkira buat kerja.

“Mungkin company kami tak besar tapi hubungan sesama insan tu lebih erat dlm masa yg sama mencari keberkatan,” komennya.

Tidak kurang juga ada segelintir yang bersetuju dengan tips Puan Ainon.

“Setuju pandangan Puan… Kita ada tanggungjawab kepada syarikat yang kita urus… lebih-lebih lagi kawalan perbelanjaan…

“Makan-makan boleh je dibuat waktu syarikat adakan family day atau annual Dinner… jika ada makan-makan yang lain majikan nak buat, biasa-biasakan guna duit poket bos sendiri… bertambah-tambah rezeki bos nanti… In Shaa Allah,”komen Nana Din.

Baca juga: Politik Kelantan semakin panas, 3 pemimpin utama AMANAH turun malam tadi