Malaysia Dateline

Felda: Rayu penangguhan bayaran dikaji semula

Majlis Permuafakatan NGO Felda (MPNF) merayu agar penangguhan bayaran kepada peneroka, kontraktor dan vendor hingga 1 April 2020 dikaji semula.

Pengerusinya, Datuk Mazlan Aliman berkata, keputusan pengurusan Felda akan memberi kesan khususnya kepada peneroka yang sememangnya bergantung kepada Bayaran Sara Hidup yang diperoleh sekitar 23 hingga 25 haribulan pada setiap bulan.

“MPNF yakin ada mekanisme boleh dilakukan sepertimana gaji yang diterima oleh petugas Felda.

“Moga rayuan ini dalam pertimbangan segera pengurusan Felda,” katanya yang juga Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dalam kenyataan hari ini.

Terdapat seramai 112,635 peneroka Felda di seluruh negara.