Malaysia Dateline

Fenny wanita Iban pertama dilantik sebagai Duta Besar

Fenny Ak Nuli melakar sejarah sebagai wanita Iban anak Sarawak pertama yang dilantik untuk menjawat jawatan Duta Besar Malaysia ke Peru.

Berusia 48 tahun berasal dari Sri Aman, beliau memulakan karier sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) di Kementerian Luar Malaysia pada 1997.

Sejak itu, beliau terus mengorak langkah di dalam kariernya dengan menggalas tanggungjawab besar demi negara dengan menjawat jawatan sebagai Assistant Director (ASEAN), 1997-2001, Second Secretary at the Permanent Mission of Malaysia United Nations, Geneva, Switzerland (2001-2002) dan Setiausaha Kedua Kedutaan Malaysia di Warsaw, Poland (2002-2005).

Fenny selanjutnya berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha (Kewangan) Kementerian Luar Negeri, Putrajaya (2005-2006), Director ASEAN (2006-2008), Minister Counsellor, Embassy of Malaysia, Bangkok (2009-2012), Principal Assistant Secretary, Multilateral Economic and Environment (2013-2015) dan Setiausaha, Kerjasama dan Pembangunan Antarabangsa (2015-2016).

Jawatan terakhir beliau sebelum ke Peru ialah sebagai Timbalan Ketua Misi di Pejabat Kedutaan Malaysia di Brussel, Belgium sejak 2016.