Fenomena air pasang besar tempias Taufan Doksuri
Taufan Doksuri yang melanda Vietnam pada 15 September lalu turut memberi kesan kepada taburan hujan di Malaysia yang menyebabkan berlakunya banjir kilat dan fenomena air pasang besar berlaku.
Paling terjejas lima daerah di Pulau Pinang digenangi air dan beberapa negeri di pantai barat Semenanjung.
Dari lensa Malaysia Dateline Jurufoto Mohd Shafiq merakamkan fenomena air pasang besar yang berlaku di Jeram Selangor baru-baru ini, tempias daripada Taufan Doksuri yang melumpuhkan Vietnam dengan tiupan angin berkelajuan 165km sejam itu.

Cari peluang lakukan aktiviti memancing di kala air pasang besar.

Bot dan sampan nelayan tidak ke laut ketika fenomena air pasang besar bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak dingini boleh berlaku.

Taufan Duksuri memberikan fenomena air pasang besar di sebahagian pantai barat Malaysia seperti di Jeram, Selangor.