Fenomena cai?

Oleh NASUHA RAHMAN

Media lapor dua orang kuat parti ehem kalah dalan pemilihan muktamar parti ehem.

Saya tidak pasti sebab apa depa kalah.

Di media, dispekulasikan depa kalah kerana isu tersebarnya audio yang dikaitkan dengan depa.

Salah seorang yang kalah tu habaq dia tak rasa kekalahan itu ada kaitan dengan isu audio itu. Dan ia habaq kekalahan itu perkara biasa sebab mungkin musuh dari luaq ( parti ) ambil kesempatan.

Dengan lain perkataan, bagi depa, itu salah orang lain kot bukan salah depa? Salah musuh dari luar bukan musuh dalam parti sendiri ya? Maaf.

Tidak faham bila melibatkan menda menda suci muchi ni.

Atau depa mungkin kalah, sebab fenomena cai kot? Macam mana dulu dulu kami -18 org- pun pernah kena penangan cai -setandan depa ” pi nalla “pancung!” .

Masa tu, antara lain, kami dituduh nak jatuhkan ulamak.

Tapi sekarang ni nampaknya yang kena “pancung” depa yang berstatus ulamak!

Peliklah jika cai berlaku bagi nak “tendang” dua orang yang depa gelar ulamak pula? Normal baru?

والله اعلم