Malaysia Dateline

Fenomena gerhana bulan penuh dapat disaksikan bermula 6.58 petang ini

Fenomena gerhana bulan penuh akan berlaku di Malaysia pada hari ini bersamaan 13 Rabiul Akhir 1444H.

Orang ramai boleh menyaksikan fenomena Gerhana tersebut yang bermula pada jam 5.09 minit petang dan berakhir pada 8.49 malam.

Walaubagaimanapun, gerhana bulan penuh tersebut hanya dapat dilihat bermula 6.58 petang iaitu apabila bulan mula terbit di ufuk timur.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menyarankan semua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan untuk mengadakan solat sunat gerhana dalam tempoh tersebut.

“InsyaAllah Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan akan mengadakan Cerapan Gerhana Bulan Penuh di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar bermula 6.45 petang,” katanya dalam kenyataan.

Gerhana bulan penuh berlaku apabila orbit bulan melintasi masuk ke dalam bayang-bayang bumi yang dipanggil umbra. Di dalam keadaan ini bumi akan berada di antara bulan dan matahari di dalam kedudukan tepat sebaris.

Fenomena ini dapat dilihat dari kawasan Asia, Australia, Pasifik dan sebahagian Amerika.

Gerhana bulan ini akan kelihatan di ufuk timur pada waktu maghrib ketika bulan penuh.

Baca juga: Penangan donut viral ‘red velvet’ ramai suri rumah teruja tapi ada satu bahan rahsia perlu bubuh siap boleh ‘open order’