FGV derma RM300,000 daripada kempen Infak Ramadan Saji

FGV derma RM300,000 daripada kempen Infak Ramadan Saji

Anak syarikat FGV Holdings Bhd (FGV), Delima Oil Products Sdn Bhd (DOP), menderma sebanyak RM300,000 kepada Yayasan FELDA, MERCY Malaysia dan Majlis Kanser Nasional, menerusi kempen Infak Ramadan Saji kumpulan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Haris Fadzilah Hassan dalam satu kenyataan hari ini berkata sumbangan tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab korporat FGV, terutamanya kepada peneroka dan golongan kurang bernasib baik.

Menerusi kempen Infak Ramadan SAJI yang dilancarkan pada 30 April, 2019, 50 sen daripada setiap jualan lima kilogram minyak masak SAJI akan didermakan kepada tabung kempen yang berlangsung sepanjang bulan Ramadan.- BERNAMA