FGV lantik CEO kumpulan baharu berkuatkuasa hari ini

FGV lantik CEO kumpulan  baharu berkuatkuasa hari ini

FGV Holdings Berhad (FGV) mengumumkan pelantikan Datuk Haris Fadzilah Hassan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan yang baharu, berkuatkuasa hari ini.

Serentak itu, Datuk Azhar Abdul Hamid melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Interim yang dipegangnya sejak 24 Oktober tahun lalu.

FGV dalam kenyataan berkata, syarikat itu turut melantik beberapa muka baharu.

Mereka ialah Datuk Mohd Hairul Abdul Hamid yang dilantik sebagai Ketua Pegawai Kewangan FGV; Mazri Abdul Rahim sebagai Ketua Sumber Manusia dan Dr Christina Ooi Su Siang pula mengetui pejabat pemerolehan.

“Saya mengalu-alukan pengurusan baharu FGV yang membawa kepakaran dan pengalaman serta keupayaan dalam menguruskan organisasi melalui kepimpinan mereka.

“Kepelbagaian kepimpinan penting untuk memastikan kejayaan FGV,” kata Azhar yang juga Pengerusi FGV.

Haris merupakan Pengarah Pengurusan Tanah dan Komersial MRT Corp, juga pernah menhawat jawatan Ketua Strategi dan Pembangunan Perniagaan di Golden Hope Plantations Berhad serta Ketua Operasi Hiliran Sime Darby.

Mohd Hairul pula bekas Ketua Pegawai Kewangan di MRT Corp dan pernah menjawat jawatan sama di Jabatan Tenaga dan Utiliti Sime Darby Plantations.