Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
FGV mula pulih, kurangkan kerugian bersih kepada RM242.19 juta

FGV mula pulih, kurangkan kerugian bersih kepada RM242.19 juta

BernamaFebruary 28, 2020 5:38 pm




Kerugian bersih FGV Holdings Bhd mengencil kepada RM242.19 juta untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis 2019 berbanding dengan RM1.08 bilion yang direkodkan semasa tahun kewangan sebelum ini.

FGV dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia menjelaskan hasil jatuh kepada RM13.26 bilion daripada RM13.46 bilion sebelumnya, disebabkan harga minyak sawit mentah (MSM) yang direalisasikan semasa tahun kewangan 2019 menurun 11 peratus kepada RM2,021 setan berbanding RM2,282 setan dalam tahun kewangan 2018.

“Ini disebabkan oleh harga lepas kilang yang bertambah baik bagi MSM iaitu pada purata RM1,503 setan  berbanding RM1,800 setan dalam tahun kewangan 2018,” katanya.

Lembaga Pengarah mencadangkan pembayaran dividen akhir sebanyak dua sen sesaham untuk tahun kewangan 2019 dan dijangka akan dibayar pada pertengahan Julai 2020.

Bagi suku keempat tahun kewangan 2019 (Q4), FGV mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM 75.79 juta berbanding kerugian bersih berjumlah RM209.16 juta pada suku yang sama sebelumnya.

“Ini berjaya dicapai walaupun hasil menyusut sebanyak 2.4 peratus kepada RM3.15 bilion bagi suku di bawah kajian berbanding RM3.23 bilion sebelum ini,” katanya.

Penurunan hasil dalam suku keempat tahun kewangan 2019 adalah disebabkan oleh pengeluaran buah tandan segar yang lebih rendah iaitu sebanyak 1.01 juta tan, susut 12 peratus daripada 1.15 juta tan yang dicatatkan dalam suku sebelumnya.

“Pengurangan ini telah diimbangi dengan harga MSM yang lebih tinggi yang direalisasikan pada RM2, 159 setan berbanding RM2,055 setan sebelum ini.

“Kadar perahan minyak (OER) bagi tempoh di bawah kajian adalah satu peratus lebih rendah pada 20.53 peratus berbanding 20.70 peratus sebelum ini,” katanya, sambil menambah bahawa hasil daripada jumlah pengeluaran yang lebih rendah, kos harga lepas kilang menokok sebanyak tiga peratus kepada RM1,691 setan berbanding RM1,638 setan pada suku keempat tahun kewangan 2018.

Sementara itu, sektor gula MSM Malaysia Holdings Bhd mencatatkan kerugian sebanyak RM319.70 juta berbanding keuntungan sebanyak RM58.71 juta yang direkodkan sebelum ini, berpunca daripada keuntungan kasar yang lebih rendah, kos kewangan yang lebih tinggi yang ditanggung berikutan pengubahsuaian dalam terma tertentu termasuk peruntukan bagi rosot nilai berjumlah RM143 juta dalam loji dan jentera.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV Datuk Haris Fadzilah Hassan berkata pelan FGV untuk mempelbagaikan aliran pendapatannya sedang berjalan lancar.

Kumpulan itu menjangkakan pendapatan tambahan sebanyak RM45 juta dalam tahun kewangan 2020, yang akan datang daripada perniagaan ladang bersepadu, tenaga boleh diperbaharui dan makanan ternakan.

“Walaupun minyak sawit akan kekal sebagai teras kami, kepelbagaian ini memberikan peluang pertumbuhan serta tambahan hasil kepada kami dan pekebun kecil yang menjadi rakan kongsim” katanya.– BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

“Beli 1 Mercedes minta maaf, beli 14 Mercedes banyak pula dalil”

Benarkah jasa Mahathir menyebabkan PH menang PRU-14?

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Terkini

Selepas Ketua Bersatu Sepang positif Covid-19, apa nasib peserta program gunting rambut?

Belum siap tetapi bangunan baharu Hospital Tanah Merah terbakar

Sudah jadi kerajaan, Pas dikecam hanya bincang isu artis bertudung

Minum bir di pusat kuarantin biadab ketika barisan hadapan sibuk selamatkan rakyat

‘Ahli Parlimen tidak boleh bincang kepentingan rakyat di kedai mamak’

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production