Malaysia Dateline

Filem 35mm berjaya kutip RM1 juta dalam tempoh 7 hari, Syahmi beri jangkaan hasilkan filem ketiga

Selepas kejayaan filem Mael Totey The Movie, kali ini filem kedua arahan Syahmi Sazli juga mendapat sokongan memberangsangkan apabila naskah 35mm berjaya meraih kutipan RM1 juta hanya dalam tempoh tujuh hari tayangan yang bermula 21 Jun lalu.

Syahmi dalam hantaran di Facebook, mengumumkan perkara berkenaan melalui poster yang dikongsikan tengahari tadi dan mengucapkan terima kasih kepada penonton yang melanggan karyanya itu.

Pada masa sama Syahmi turut memaklumkan akan menerbitkan karya ketiganya pada tahun hadapan.

“Insyaallah tahun depan mi akan buat filem untuk panggung wayang,” tulisnya di ruangan komen.

Untuk rekod, filem kedua arahan Syazmi menjadi naskhah pembukaan hari pertama paling tinggi untuk tahun 2022 apabila berjaya mengutip RM300,000 dalam tempoh 24 jam ditayangkan.

Orang ramai boleh melanggan 35mm melalui Astro First di saluran 480.

Baca juga: Pendidikan ubah nasib banyak keluarga, henti normalisasi ‘tak apa gagal dalam pelajaran’, kata pakar kewangan

Baca juga: Wanita diberi amaran akan mengalami masalah kesihatan teruk jika berhenti beranak