Fitnah Anwar, mahkamah rayuan kekal perintah Utusan bayar RM200,000

Fitnah Anwar, mahkamah rayuan kekal perintah Utusan bayar RM200,000

Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan syarikat akhbar Utusan Malaysia yang diperintahkan membayar RM200,000 kepada Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan saman fitnah.

Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan faedah dikenakan dari tarikh penghakiman dan bukan dari tarikh pemfailan.

Anwar reformis

Memetik Malaysiakini, Hakim Datuk Prasad Sandosham memutuskan pihaknya tidak bersetuju dengan hujah peguam Utusan.

Beliau juga memerintahkan Utusan membayar kos RM5,000.

Hakim lain yang bersidang sama adalah Hakim Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Hakim Datuk Asmabi Mohamad.

Sebelum ini, Anwar memenangi samannya terhadap Utusan dan Ketua Editornya, Datuk Abdul Aziz Ishak pada 2013, ekoran penerbitan akhbar itu yang memetik wawancara dengan BBC pada 2012, bahawa bekas Ketua Pembangkang itu menyokong lesbian, gay, biseksual dan transeksual.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Hue Siew Kheng mengarahkan akhbar itu membayar ganti rugi RM200,000.

COMMENTS

Wordpress (0)