Fitnah kerjasama Amanah-Umno, Wan Rahim lapor polis pagi ini

Fitnah kerjasama Amanah-Umno, Wan Rahim lapor polis pagi ini

Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan menganggap sebaran berita kononnya parti itu berunding dengan Umno untuk menghadapi PRU 14 satu fitnah besar.

Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan menganggap sebaran berita kononnya parti itu berunding dengan Umno untuk menghadapi PRU 14 satu fitnah besar.

Pengerusinya, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah berkata pihaknya akan membuat laporan polis pagi ini behubung tuduhan liar itu.

“Saya menafikan membuat perudingan sulit dengan Umno Kelantan sebagaimana dakwaan yang disebarkan di laman sosial.

“Tiada sebarang perundingan atau pertemuan dengam mana-mana pimpinan Umno Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Melalui tulisan yang tular di media sosial dikatakan kerjasama Amanah dengan Umno Kelantan itu dibuat bagi merampas penguasaan Kelantan daripada Pas.

Susulan itu dikatakan terdapat percanggahan di kalangan pimpinan Umno terhadap cadangan itu selain turut menamakan beberapa ketua bahagian yang terlibat.

Dalam pada itu, Wan Rahim menyifatkan tulisan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan fitnah terhadap Amanah Kelantan.

Sehubungan dengan itu katanya, beliau akan membuat laporan polis esok (pagi ini) dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan lanjut.

TAGS