Fitnah RM90juta: Selesai di dunia dulu, sebelum akhirat

Fitnah RM90juta: Selesai di dunia dulu, sebelum  akhirat

Saya beritahu kalau ada di dalam mana-mana tulisan, Pas mahu saman. Mereka menjawab tidak ada. Jadi susahlah, pasal tidak ada bukti bertulis.

Sekarang sudah ada bentuk hitam putih. Senang proses dan tindakan undang-undang diambil dan hendak membersih nama Pas selama ini.

Sebelum Mahkamah Akhirat, kita selesai Mahkamah dunia dulu.

Golongan fitnah ini mereka tidak kisah sangat seksa akhirat. Mereka sudah kebal,hati mereka sikit tidak kisah soal dosa pahala. Pada mereka neraka bukan nampak pun.

Sarawak Report janganlah merosakkan jenama media kamu.

Kalau sudah buat fitnah semacam ini, maka laporan yang benar pun orang kata tidak benar.

Apabila fitnah tersebar dan sudah masuk ke dalam kepala otak orang ramai. Baru buat penjelasan ia hanya kecurigaan meluas.

Inilah tektik jahat yang dibuat oleh musuh Pas ketika PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar.

Naik dulu billboard fitnah, lepas itu baru turun. Ini tektik jahat. Jahat seperti… Mungkin mereka satu guru yang mengajar tektik jahat ini.

Kepada mereka yang memiliki FB, Blog dan Wasap, kita perlu teliti untuk saman jika mereka pun sekongkol dengan Sarawak Report untuk merosak imej Pas.

Golongan ini cukup anti Pas. Pada mereka biar BN Umno perintah daripada Pas memerintah. Inilah busuknya hati mereka.