Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Fitnah, ugut bunuh Dr Mujahid, GMPN buat laporan polis terhadap 5 individu

Fitnah, ugut bunuh Dr Mujahid, GMPN buat laporan polis terhadap 5 individu

Oleh MALAYSIA DATELINE. Foto: WAN ZAHARI WAN SALLEHFebruary 22, 2020 6:15 pm




Berikutan memuat naik komen berunsur fitnah, ugutan dan ancaman bunuh terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, Pertubuhan Gerakan Martabat Pejuang Negara (GMPN) hari ini membuat laporan polis terhadap lima individu.

Bercakap kepada media selepas membuat laporan, Presiden GMPN Razali Zakaria berkata, salah seorang individu yang dinamakan dalam laporan polis itu ialah Muhammad Naim, yang memuat naik ayat berbaur ugutan bunuh berbunyi ‘Mujahid ini patut dibunuh memang manusia terbangsat di dunia’ di akaun Facebooknya baru-baru ini.

Kata beliau, individu tersebut membuat kenyataan mengugut Dr Mujahid dalam postingnya di akaun FB Muhammad Naim 9495.

“Ugutan seperti itu amat berbahaya,” kata beliau di Balai Polis Dang Wangi pagi tadi.

Empat individu lain yang dinamakan dalam laporan itu ialah Mohd Elham, Asfanizam Bin Abdullah, Hanif bin Junit dan Abu Rafiq.

“Mereka telah memuat naik status dan komen yang berunsur fitnah, ugutan, menghasut orang ramai dengan fakta-fakta yang tidak betul dan mengancam keselamatan,” katanya.

Ujarnya, pautan kepada laman media sosial itu juga telah diserahkan kepada polis untuk membantu siasatan.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

“Beli 1 Mercedes minta maaf, beli 14 Mercedes banyak pula dalil”

Benarkah jasa Mahathir menyebabkan PH menang PRU-14?

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Terkini

Selepas Ketua Bersatu Sepang positif Covid-19, apa nasib peserta program gunting rambut?

Belum siap tetapi bangunan baharu Hospital Tanah Merah terbakar

Sudah jadi kerajaan, Pas dikecam hanya bincang isu artis bertudung

Minum bir di pusat kuarantin biadab ketika barisan hadapan sibuk selamatkan rakyat

‘Ahli Parlimen tidak boleh bincang kepentingan rakyat di kedai mamak’

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production