Fitri Asmuni ketuai pemuda Amanah Perak santuni Mufti

Fitri Asmuni ketuai pemuda Amanah Perak santuni Mufti

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak sedang giat memperkenalkan parti itu kepada agensi-agensi kerajaan negeri.

Terbaharu, Pemuda Amanah Perak mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Mufti Negeri Perak, Rabu lalu.

Rombongan diketuai timbalan ketua Pemuda Amanah Perak, Mohd Fitri Asmuni bertemu dengan Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria.

Perbincangan mesra menyentuh pelbagai aspek termasuk politik dan institusi Islam di Perak dan peringkat nasionalnya berlangsung kira-kira satu jam.

Harussani turut menyentuh berkaitan dasar-dasar kerajaan yang menurutnya perlu ditambahbaik khususnya melibatkan agama Islam.Mohd Fitri Asmuni dan rombongan pemuda Amanah bergambar dengan Mufti Perak

Beliau turut menegaskan bahawa kepentingan agama Islam perlu menjadi keutamaan dan tidak dibataskan dengan perbezaan parti politik.

TAGS