Malaysia Dateline

Flashmob barang naik: Polis ‘datang’ ke Wisma AMANAH didakwa desak rampas komputer

Susulan mengadakan flashmob barang naik hari ini pihak polis telah ‘datang’ ke Wisma AMANAH Jalan Kuching dan didakwa mendesak mahu merampas komputer di ibu pejabat itu.

Ketua Wanita AMANAH Aiman Athirah Sabu melalui Facebooknya telah berkongsi maklumat kedatangan pihak polis di Wisma Amanah serta mendakwa pihak polis mendesak untuk masuk ke pejabat untuk merampas komputer.

Sehubungan itu, maklumat ini turut disahkan pula oleh Peguam Biro Undang-undang AMANAH (Kanun) Fadhli Umar Aminolhuda yang mana mengecam tindakan intimidasi yang dilakukan oleh pihak Kerajaan BN/PN.

Ini kerana katanya, isu yang diperjuangkan khususnya oleh AMANAH adalah bagi kepentingan rakyat keseluruhannya iaitu berkaitan kenaikan harga barang.

Difahamkan kehadiran pihak polis hari ini merupakan lanjutan daripada siasatan yang dibuat ke atas Presiden Parti AMANAH Negara, Muhammad Sabu semalam.

Pihak Polis hari ini telah hadir ke Wisma AMANAH berikutan flashmob seluruh negara yang diadakan pada 16 Julai 2022 yang lalu,

Katanya, kedatangan pihak Polis adalah dibuat tanpa tanpa sebarang pemberitahuan awal.

Flashmob barang naik: Polis 'datang' ke Wisma AMANAH didakwa desak rampas komputer

Seorang pegawai Wisma telah dipanggil untuk hadir ke Bukit Aman tengah hari ini untuk merekodkan keterangan.

Kanun juga percaya sepatutnya pihak Kerajaan memfokuskan pada usaha memerangi sindiket minyak paket serta jenayah lain yang berkait rapat dengan kenaikan harga barang dan bukannya sibuk untuk menghalang dan mendiamkan suara dan resah hati rakyat.

“Walaubagaimanapun, kami akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak PDRM dan percaya bahawa pihak PDRM hanya menjalankan arahan sahaja” kata beliau.

Baca juga: Misteri kehilangan personaliti TV, pemilik cafe nampak dia menggigil ketakutan, cemas

Baca juga: Wanita transgender dipindah secara paksa selepas hamilkan dua banduan