Malaysia Dateline

Fokus simpan saja emas, ini tips pakar ketika ringgit boleh jadi sehelai kertas tak bernilai

Banyak pihak berpendapat sekarang adalah masa yang sesuai untuk membeli emas. Aset selamat itu adalah logam berharga pelindung nilai kepada inflasi.

Untunglah buat mereka yang membeli emas ketika harganya rendah. Membeli emas tidak membazir sebaliknya pelaburan jangka panjang.

Jika terdesak barangan itu boleh dijual balik terutama ketika harganya melambung tinggi.

Ikuti perkongsian ADAM FAHMI GHAZALI ini mengenai manfaat menyimpan emas sebagai satu bentuk pelaburan pada masa akan datang:

Walaupun harga emas turun dari RM284 ke RM277 baru-baru ini, apa yang kita tidak sedar ringgit pun terus susut.

Tahun lepas RM3.90, bulan lepas RM4.20 dan sekarang RM4.42 berbanding 1 USD.

Pelaburan bitcoin dan crypto (terra luna) juga jatuh teruk. Bezanya bila ringgit, cryto dan bitcoin jatuh anda tidak ada aset fizikal di tangan.

Wang kertas pula boleh menjadi sehelai kertas yang tak ada nilai seperti matawang Zimbabwe, Venezuela dan Lubnan. Ramai pelabur Bitcoin dan Terra Luna yang kerugian. Malah, ada yang sampai bunuh diri di China.

Emas walaupun turun jadi RM277 segram, anda tidak dapat dah harga tiga tahun lepas iaitu RM190 segram.

Apatah lagi nak dapat harga emas 20 tahun lepas iaitu RM35 segram. Emas lagi turun lagi orang berebut beli sebab mereka tahu dapat beli aset yang sangat bernilai pada harga diskaun.

Saya selalu pesan supaya jangan letak semua telur dalam satu bakul. Kena pelbagaikan pelaburan sebab setiap pelaburan ada kelebihan dan kekurangan. Jangan sibuk nak melabur jika tak ada duit lebihan.

Fokus saja simpan emas sikit sikit. Jangan melabur guna duit yang kita nak guna. Jangan melabur tanpa ilmu dan guru yang betul. Jangan sesekali meminjam untuk melabur.

*ADAM FAHMI GHAZALI merupakan peniaga sah Public Gold.

Baca juga Kembangkan pendapatan paling kurang 10% setiap tahun, ketahui lima tips bijak urus kewangan anda

Baca juga Gigih ubah suai Kelisa jadi Daihatsu, dah kena saman polis