Malaysia Dateline

Food Bank bantu 177,245 ahli isi rumah

Seramai 177, 245 ahli isi rumah sedang menerima manfaat daripada program Food Bank sejak inisiatif itu dilancarkan Ogos lepas, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata sebanyak 1,424 tan makanan pula telah diselamatkan daripada menjadi makanan terbuang.

Universiti awam antaranya Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) turut memperoleh manfaat program ini.-Bernama.