Forum Menteri Pendidikan petang ini

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dijadual hadir dalam slot Bicara Minda anjuran Sinar Harian mulai 3 petang ini.

Ahli Parlimen Simpang Renggam itu bakal membincangkan tajuk, “Malaysia Baharu dan Pendidikan Negara” di Dewan Karangkraf Seksyen 15, Shah Alam di Selangor.

Bekas Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Tan Sri Johan Jaafar bertindak sebagai moderator.

Isu ‘panas’ seperti pertembungan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) dengan hasrat pengukuhan pendidikan kebangsaan dijangka menjadi topik hangat dalam program yang dirancang sehingga pukul 5 petang itu.

Masuk percuma dan orang ramai diundang hadir.

10.0
OVERALL SCORE
: 10.0
1 user vote x 10.0
CATEGORIES
TAGS