Malaysia Dateline

Founder belanja sampai RM50,000 tapi bayar pengurus peribadi RM2,000 je

Seorang pengguna Twitter mempersoal tindakan sesetengah pengasas jenama tempatan belanja wang yang banyak tapi hanya bayar gaji minima kepada pekerja.

Walaupun ramai menyokong tindakan pengasas tersebut kerana sering belanja pekerjanya dengan barang berjenama, mereka tetap membidasnya.

Hal ini adalah disebabkan gaji tersebut akan pergi kepada hari tua nanti bukan sekadar untuk masa sekarang.

Jika gaji diterima minima maka bayaran untuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga akan rendah.

Buat pengguna twitter, Hezry (@Hezry Haizad), dia melihat banyak ahli perniagaan mengamalkan perniagaan secara kapitalisme.

“Banyak orang dalam negara kita amalkan perniagaan secara kapitalisme.

“Sebab tu pulun (bersungguh) kekalkan peratus profit, sampai kalau gaji pekerja kena naik, founder akan naik harga barang dan postage untuk isi perut dia,” tulisnya.

Bagi Saodah (@kupukupuchinta), majikan sebolehnya akan gunakan gaji minimum untuk membayar pekerja.

“Kalau minima gaji 500, memang rata-rata majikan akan bagi gaji minimum 500 tu juga dekat pekerja, bagi mereka yang penting jualan naik.

Baca juga: Tidak mahu guru terbeban, Fadhlina arah MPPK hantar laporan