Malaysia Dateline

Fusionex, Google serta Amazon menjadi contoh analisis dan kecerdasan perniagaan

Fusionex telah diiktiraf contoh terbaik sebagai peneraju analisis dan kecerdasan perniagaan (A&BI) dalam penyenaraian yang juga merangkumi Amazon dan Google.

Fusionex dalam satu kenyataan berkata ia telah disenarai pendek dalam laporan tahun ini oleh firma penasihat dan penyelidikan global, Gartner mengenai ‘Vendor Lain yang boleh Dipertimbangkan untuk Analisis Moden dan BI’.

Platform penemuan data dan analisis Fusionex, GIANT telah diiktiraf kerana kemampuannya dalam menyampaikan keupayaan moden yang progresif bagi analisis penstriman.

GIANT juga dinamakan sebagai sebuah platform masa-ke-wawasan yang pantas serta penyelesaian hujung ke hujung dengan fungsi yang mencakupi dari penyediaan data dan visualisasi kepada analisis ramalan dan preskriptif.

Menurut laporan Gartner, platform A&BI seperti GIANT dikenali kerana set-set peralatan yang mudah digunakan yang menyokong pelbagai keupayaan analisis aliran kerja serta layan diri, ini mengurangkan keperluan untuk melibatkan perniagaan bahagian Teknologi Maklumat.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fusionex, Datuk Seri Ivan Teh berkata, “Kami berbangga apabila Fusionex disebut dalam laporan Gartner. Pasukan kami adalah komited untuk terus memperbaiki penawaran syarikat bagi memberi perkhidmatan terbaik kepada asas pelanggan kami yang semakin berkembang pesat.”

Fusionex merupakan pembekal teknologi data yang terkemuka, ia memiliki kepakaran dalam Analisis, Data Besar, Internet Pelbagai Perkara, Pembelajaran Mesin dan Kecerdasan Buatan. Maklumat lanjut boleh didapati pada www.fusionex-international.com

— BERNAMA