Gabenor Bank Negara sila jelaskan siapakah penderma RM2.6 bilion ke akaun Najib?

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

 

Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz  perlu menjelaskan siapakah penderma sebenar kepada akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak setelah beliau membuat pengakuan menerima RM2.6 bilion dan Bank Negara Malaysia (BNM) telahpun dimaklumkan kewujudan akaun tersebut.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mengesa bank pusat itu perjelaskan kepada rakyat bila wang didalam akaun itu di keluarkan dan kepada siapa pembayaran itu dibuat.

“Sila jelaskan siapakah penderma kepada akaun Najib?

“Sila jelaskan kepada rakyat bilakah wang tersebut dikeluarkan dari akaun Najib dan kepada siapa pembayaran itu dibuat dari akaun Najib, Am Islamic Bank?”soalnya.

Mahfuz mengajukan persoalan demikian, merujuk kepada laporan media yang mengatakan Presiden Umno itu dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2015, mengaku menerima RM2.6 bilion didalam akaun peribadi beliau dan kata Najib lagi Bank Negara telah pun dimaklumkan tentang kewujuan akaun tersebut.

Persoalan Mahfuz lagi, apakah Bank Negara tahu mengenai dana tersebut yang masuk ke akaun Najib seperti mana dakwaan Najib,Bank Negara sudah maklum akan hal tersebut.

“Adakah Bank Negara telah maklum dan buat laporan pada SPRM (Suruhanjaya PencegahanRasuh Malaysia ), bukankah kemasukan dana ke dalam akaun peribadi ada hadnya.

“Adakah Bank Negara telah meneliti segala dokumen berkaitan yang didedahkan oleh Wall Street Journal (WSJ)?

“Adakah persamaan maksud perkataan ‘Payment’ dengan ‘Donation’ sedangkan dalam dokumen pemindahan kredit MT103 yang disyaratkan untuk diisi oleh pengirim yang didedahkan WSJ tercatit perkataan ‘ partial payment’ bukan ‘partial donation’,” terangnya.

TAGS