Gabenor Kota Makkah lawat MMMSL

Gabenor Kota Makkah lawat MMMSL

Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA) menerima kunjungan diraja Putera Mahkota Khalid Al-Faisal, Gabenor Kota Makkah melakukan lawatan kerja bagi memantau persiapan perkhidmatan tren Al Masheer Al Mugadassah Metro Southern Line (MMMSL) sempena musim haji 1437H.

Turut bersama dalam lawatan ini pegawai rasmi kerajaan dan kenamaan Arab Saudi.

Ketibaan Putera Mahkota Khalid yaang juga penasihat raja Arab Saudi itu, di stesen Arafah 1 disambut oleh Ketua Pengarah Projek MMMSL, Puan Masnizam Hisham.

Seterusnya Putera Mahkota serta deligasi diperkenalkan kepada 27 kapten tren warga tempatan yang telah menjalani latihan di Malaysia pada bulan April lepas dan mereka bersedia untuk bersama 8,000 kakitangan MMMSL dalam mengendalikan MMMSL pada tahun ini.

Rombongan diraja menaiki tren 12 gerabak dari stesen Arafah 1 ke stesen Mina 3 Jamrat.

Semasa perjalanan menaiki tren, deligasi rombongan turut diberi taklimat mengenai operasi dan penyelenggaraan MMMSL.

Khidmat MMMSL beroperasi 24 jam pada musim haji dan proses penyelenggaran berjalan sepanjang tahun. MMMSL akan memulakan operasi pada 7 September selama 7 hari mengikut hari-hari rukun haji.

“Kunjungan diraja ke MMMSL adalah sebahagian daripada lawatan menyeluruh mengenai persiapan di tempat suci di Makkah untuk musim haji yang akan datang.

“Sepanjang lawatan itu, beliau telah ditunjukkan pelbagai aspek persiapan sedang dibuat, seperti pengangkutan, pengcahayaan dan penghawa dingin,penyelenggaraan, kemudahan tempat tinggal untuk jemaah, keselamatan, bekalan air, perkhidmatan perubatan dan kecemasan.” ujar kenyataan itu.

Rombongan diraja menaiki tren 12 gerabak dari stesen Arafah 1 ke stesen Mina 3 Jamrat.

 

TAGS