Malaysia Dateline

Gabungan Muafakat Nasional Johor jumpa jalan buntu

 

Sudah selesai angkat sumpah Menteri Besar Johor (MBJ) yang diberikan kepada Ir Hasni Mohammad yang disokong oleh Bersatu dan Pas dalam kumpulan yang digelar Gabungan Muafakat Nasional.

Waktu kemelut politik yang tidak menentu, keputusan terus dibuat secara gopoh gapah dengan melantik diri sendiri sebagai Menteri Besar selepas membuat kenyataan media dalam tiga hari kebelakangan ini.

Walau bagaimana pun pelantikan tersebut pasti akan menemui jalan buntu apabila kerusi yang diumumkan oleh Gabungan itu sebanyak 28 kerusi daripada 56 kerusi Dun di Johor manakala Pakatan Harapan (PH) Johor mengumumkan 28 kerusi Dun dan ini bermakna kedudukan Dun Johor masih dalam keadaan yang tidak tenteram.

Dalam keadaan ni, bekas MB Sahruddin Jamal nama yang terang-terangan dipercayai menjadi salah seorang dalam konspirasi meruntuhkan mandat rakyat.

Umumnya pilihanraya adalah pilihan atau penyerahan mandat kepada rakyat untuk rakyat. Apa yang berlaku hari ini kepada kerajaan negeri Johor adalah berbeza.
Bila mana sebahagian orang yang tamakan kuasa mengambil langkah untuk khianat mandat tersebut serta dengan tergopoh gapah mengangkat diri menjadi Menteri Besar.

Ini jelas mencacatkan demokrasi yang subur di dalam negara ini yang selama ini dicanang kuat oleh BN sewaktu memerintah dahulu.

Sewaktu memerintah dulu, BN kononnya utuh memperjuangkan demokrasi dan mengangkat serta menjunjung perlembagaan yang telah wujud.

Tetapi hari ini, mereka bertindak ‘melacurkan’ perkara yang diperjuangkan selama ini dan ternyata mereka hanya menari di atas pentas lakonan untuk memperbodohkan rakyat.

Rakyat mulai menonton dengan hemah kelakuan segerombolan pengkhianat ini tetapi dengan syarat yang utuh sekiranya berlaku perubahan dari pentas nasional terdapat beberapa Adun yang berkeadaan keliru akan membuat keputusan untuk menyeberang semula.

Kini destinasi Gabungan Muafakat Nasional ini masih tidak jelas dan hanya menanti waktu ketika untuk menjadikan kegelojohan mereka memakan diri sendiri.

Pastinya rakyat tidak mahu melihat keghairahan mereka ini tidak dihukum kencang oleh PH sekiranya PH mendapat semula kerajaan Johor.

Sahruddin dan Hasni akan menjadi individu yang pastinya tersemat dalam buku sejarah sebagai pengkhianat pada mandat rakyat yang jitu selama ini.

Mungkin ada yang tidak sedar dengan kuasa speaker Johor yang mampu untuk membuat undian sekiranya undi tidak percaya kepada Menteri Besar di dewan negeri pada persidangan akan datang kelak.

Ini akan membuatkan Gabungan Muafakat Nasional akan hilang majoriti di dalam dewan dan hasrat mereka untuk mentadbir Johor akan terbantut.

Ternyata jelas gopoh gapah dan tamakkan kuasa ini hanya akan mendatangkan kecelaruan pada pentadbiran dan Bersatu sebelum ini telah menyenaraikan seramai dua orang Menteri Besar namun tidak mendatangkan hasil yang baik pada gerakan PH di Johor.

Jelas dan terang bahawa Menteri Besar Johor sebelum ini hanya dibayangi konspirasi untuk mensabotaj kerajaan PH.

Ternyata Hasni kini mula berkira-kira dalam gerak langkah seterusnya dan mungkin juga beliau mengharapkan kuasa tertinggi untuk membantunya.