Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat Malaysia (GBMRM) menyerahkan memorandum di Istana Negara pagi tadi.
Memorandum tersebut bagi mendesak Perdana Menteri, Mahiaddin Md Yasin yang sudah hilang sokongan majoriti segera berundur dari Putrajaya.
GBMRM merangkumi beberapa badan bukan kerajaan (NGO) antaranya Otai Reformis 98, Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dan Pertubuhan Ikatan Cendekiawan Muslim Malaysia (ICMA).
Jurucakapnya, Dr Mai Sargeant antara lain menegaskan Mahiaddin harus meletak jawatan demi menghormati amalan demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan di negara ini.
Terdahulu, Koordinator GBMRM, Mustapa Mansor masuk ke Istana Negara menerusi Pintu 3 menyerahkan memorandum tersebut.
Turut serta Pengerusi Pro-Keadilan Sarawak, Iswardy Morni.
Polis kemudiannya mengingatkan mengenai pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan mengarahkan kumpulan terbabit bersurai sejurus selesai mengadakan sidang media.