Gabungan #TangkapMO1 beri jaminan tidak ganggu sambutan Hari Merdeka

Gabungan #TangkapMalaysianOfficial1 memberi jaminan perhimpunan yang akan diadakan pada 27 Ogos ini tidak akan menganggu acara raptai sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka, kata jurucakap Gabungan  Anis Syafiqah Md Yusuf.

Gabungan #TangkapMO1 beri jaminan tidak ganggu sambutan Hari Merdeka

Anis Syafiqah Md YusofGabungan #TangkapMalaysianOfficial1 memberi jaminan perhimpunan yang akan diadakan pada 27 Ogos ini tidak akan menganggu acara raptai sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka, kata jurucakap Gabungan, Anis Syafiqah Md Yusuf.

Beliau berkata, perhimpunan itu hanya akan berlangsung selama dua hingga tiga jam dan tidak sampai mengganggu sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos.

“Kita hanya berhimpun dua hingga tiga jam, pada 27 Ogos. Bukan himpunan tiga hari dua malam.

”Sudah banyak program-program lain dianjurkan di Dataran Merdeka. Jadi tidak ada sebab kenapa kita tidak boleh berhimpun di sana,” katanya kepada Malaysia Dateline hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang tidak akan membenarkan Dataran Merdeka digunakan untuk perhimpunan #TangkapMalaysianOfficial1.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Amin Nordin Abdul Aziz sebaliknya berkata DBKL menyediakan kawasan lain untuk berhimpun iaitu di Padang Merbok untuk perhimpunan itu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, jika penganjur meneruskan perhimpunan itu ia dianggap melanggar peruntukan undang-undang kerana berhimpun tanpa permit.

Bagaimanapun menurut Anis, pihaknya memilih Dataran Merdeka untuk perhimpunan tersebut kerana ia adalah dan memudahkan pergerakan orang ramai yang datang menaiki kenderaan awam.

“Kita sudah buat publisiti untuk semua turun ke Dataran Merdeka. Tak boleh tukar sebab ini akan kelirukan peserta himpunan,” katanya lagi.

Perhimpunan itu akan diadakan pada dua kawasan iaitu di Pusat membeli belah Sogo dan Masjid Negara.

Peserta merancang untuk berarak dari dua tempat itu ke Dataran Merdeka pada jam 2 petang.

Ia bertujuan untuk memberi tekanan kepada pihak berkuasa menangkap “Malaysia Official One” yang dinamakan Jabatan Kehakiman (DoJ)Amerika Syarikat dalam tuntutan saman sivil berhubung dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Sepuluh pertubuhan bukan kerajaan, kebanyakannya belia, telah menunjukkan sokongan mereka terhadap perhimpunan itu dengan PKR, DAP dan Pemuda Amanah Pemuda berikrar untuk turun berhimpun pada 27 Ogos ini, yang dianjurkan oleh beberapa pertubuhan belia dan disokong Bersih 2.0.