Gadis 13 tahun dirogol bapa tiri sampai hamil 4 bulan, ibu dedah setiap hari anak dan bapa tidur bersama

Oleh KIM SYAZIE

Seorang gadis berusia 13 tahun disyaki diperkosa bapa tirinya sehingga mangsa disahkan hamil 4 bulan.

Memetik BeritaSatu dari media Indonesia, mangsa diperkosa bapa tirinya yang berusia 34 tahun dan difahamkan polis telah pun menahan suspek.

Kejadian tersebut terbongkar selepas ibu saudara mangsa mengetahui anak saudaranya itu lewat datang bulan.

Susulan daripada itu, wanita terbabit menyuruh mangsa membuat ujian kehamilan dan lebih mengejutkan apabila keputusan menunjukkan mangsa positif hamil 4 bulan. 

Mangsa turut menceritakan kejadian yang berlaku dan susulan itu, ibu kandung mangsa telah tampil membuat laporan polis.

Si ibu akui sangat terkejut dan tidak sangka suami yang dikahwini selama 11 tahun itu tergamak melakukan perbuatan terkutuk itu.

“Setiap hari mereka tidur bersama. Pada waktu malam dia tidak pernah bersama ibunya. Ibu berada di bilik belakang manakala anak dan bapa tiri berada di hadapan,” dedah si ibu.

Siasatan lanjut berhubung kes ini itu dijalankan dan pihak polis sedang menyoal siasat beberapa saksi.

Baca juga: “Kau keluar rumah ni jatuh talak 3, aku hanya mampu tersenyum, aku bebas akhirnya…”