Siapa sangka, wanita Orang Kurang Upaya (OKU) sanggup menjual kandungan tidak senonoh menerusi aplikasi Telegram untuk mendapatkan pendapatan yang lumayan.
Wanita terbabit dikatakan akan mengenakan bayaran tertentu sebelum memberikan akses kepada pelanggannya untuk masuk ke dalam satu kumpulan Telegram privasi.
Menerusi kumpulan sembang itulah gadis terbabit didakwa menjalankan aktivitinya dengan berkongsikan gambar dan video yang berunsur lucah kepada pelanggannya.
Kegiatan gadis OKU pekak dan bisu itu bagaimanapun terbongkar apabila keluarga terdekatnya turut menjadi ahli yang melanggan kandungan tidak senonoh tersebut.
“Bismillah, aku tak mahu bersubahat. Manisah Manja, berhentilah buat perkara ini,” kata ahli keluarga terbabit mendedahkan perbuatan gadis OKU itu di media sosial.
Isu melibatkan gadis OKU terbabit semakin ‘memanas’ apabila pengguna platform X, @BMVFM yang memiliki pengikut yang ramai turut membuat hantaran mengenainya.
Pelayar X terbabit mendakwa bahawa gadis itu menggunakan kekurangan diri untuk menagih simpati dengan melakukan sesi siaran langsung di akaun TikTok miliknya.
Bagaimanapun, gadis yang menggayakan pakaian ketat itu akan mula menayangkan badannya dipercayai untuk mempromosikan saluran Telegram melalui sesi tersebut.
Susulan penularan itu, orang ramai mula membanjiri akaun TikTok gadis berkenaan dengan meninggalkan komen kata-kata kesat termasuk dalam siaran langsungnya.
Namun segelintir pengguna media sosial turut bersimpati dengan gadis OKU terbabit dan menggesanya supaya segera bertaubat dan kembali semula ke pangkal jalan.
Beberapa individu juga sempat meluahkan kekhuatiran mereka sekiranya kandungan tersebut bukan dijual oleh gadis itu sebaliknya bekas teman lelaki untuk membalas dendam.
Dengan pendedahkan itu, semoga gadis OKU bersama pelanggannya segera bertaubat dan harapnya pihak berkuasa dapat memantau aktiviti penjualan kandungan tidak senonoh di Telegram.
Baca juga: “Dapat ‘client’ gatal, bos pula sibuk suruh melayan sedangkan dato tu suami orang, tak kuasa aku…”