Malaysia Dateline

Gaduh susu badan atau formula baik untuk bayi, wanita kata asal anak kenyang cukuplah

Tidak dinafikan susu badan memberi banyak kebaikan kepada bayi namun janganlah pandang rendah kepada mereka yang memilih untuk memberi susu formula pada anak.

Sebagai ibu yang menyusu badan dan menggunakan susu formula, pengguna Twitter @alyaaoreo hanya mementingkan untuk bagi anak kenyang sahaja.

Baginya setiap pilihan itu ada kelebihan dan kelemahan masing-masing, baik menyusu badan atau beri susu formula.

“Sebagai ibu yang menyusu badan dan bagi susu formula, saya faham kedua belah pihak kerana setiap pilihan itu ada kebaikan dan keburukan.

“Susu formula memerlukan duit yang banyak manakala susu badan boleh sebabkan kesakitan badan apatah lagi jika ada masalah air susu kurang.

“Asalkan bayi kenyang dan ibunya gembira maka mana-mana pilihan tidak menjadi masalah,” katanya.

Wanita ini mengeluarkan komen tersebut selepas melihat bagaimana seorang ibu mempertahankan kebaikan susu badan buat anak manakala seorang lagi berbincang mengenai kos harga untuk masa si ibu menyusukan anak.

Hal ini adalah kerana seorang wanita @surayaror membandingkan harga susu formula yang dikatakan mahal namun tidak mengambil kira masa yang perlu ibu habiskan untuk menyusukan anak hanya kerana ia percuma.

Tambahnya dia yakin bahawa akan ada warganet yang datang ke bahagian komen untuk melemparkan kata-kata seperti ‘alah bagi susu anak pun nak berkira’.

Lebih menyedihkan banyak ibu yang menyatakan beri susu badan ini sedikit sebanyak mengganggu kesihatan mental mereka

“Sedih tengok ada sesetengah ibu yang menyusu badan mengaku ia mengganggu kesihatan mental mereka.

“Kalau duduk Selangor dan berkenaan, mungkin boleh ambil kesempatan daripada rawatan kesihatan mental bersubsidi yang disediakan kerajaan negeri,” ujarnya.

Baca juga: Bawa botol harga RM229 ke sekolah, budak selamba je letak dekat luar perpustakaan