Gagal dapat tiket, penyokong merusuh

Penjualan tiket perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA ke-29 antara Malaysia dan Thailand tergendala tengah hari tadi berikutan rempuhan dekat kaunter tiket di Stadium Shah Alam.

Gagal dapat tiket, penyokong merusuh

Keadaan diburukkan lagi apabila Kaunter Tiket B juga terpaksa ditutup berikutan berlaku kesesakan teruk.

Difahamkan, peminat bola sepak negara sudah berada di luar stadium sejak 10 malam tadi.

Bilangannya dilaporkan meningkat kepada ribuan penyokong menjelang tengah hari.

{loadposition myposition}

Malaysia akan bertemu Thailand malam esok bagi menentukan pemenang ibu segala pingat.

Peminat bola sepak tanah air dari segenap lapisan masyarakat mula memenuhi pekarangan Stadium Shah Alam sejak awal pagi tadi.

Walaupun kaunter tiket hanya dibuka pada jam 11 pagi, namun ada yang sanggup bermalam di stadium agar tidak terlepas peluang menjadi antara pembeli tiket terawal.