Malaysia Dateline

Gagal Nasional ibarat kerbau ditambat pada kemuncup

Pakatan Harapan (PH) tidak perlu menyertai kerajaan GN (Gagal Nasional) ini. Tidak perlu langsung.

Kecuali dalam institusi yang pernah disertai seperti Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) atau selainnya. Bahkan, lebih baik tarik diri semuanya.

Titah Istana Negara, bagaimana? Titah itu terpakai sekiranya kerajaan yg ada ini digugat. Jika kerajaan ini berjalan tanpa gugatan, itu bukan derhaka.

Biarkan kerajaan GN ini berjalan semahunya. Kita ingin lihat bagaimana gerombolan pengkhianat mandat rakyat ini mengurus negara.

Mahiaddin terbukti gagal. Adakah Ismail Sabri Yaakob (ISY) akan menerima nasib sama? Serahkan kerajaan ini kepada mereka. Biar mereka tentukan.

Jika PH sertai kerajaan, macam-macam kemungkinan boleh berlaku. Kita boleh jangka dan fikir sendiri semua kemungkinan itu.

Tugas PH kini ialah fokus memperkasakan gabungan dan meneruskan khidmat untuk rakyat seperti biasa.

Tidak lama. 20 bulan saja lagi sebelum PRU-15. Mereka tidak menang semua sebab majoriti rakyat tahu mereka khianat.

Kita tidak kalah semua sebab kerajaan GN tahu mereka ibarat kerbau ditambat pada kemuncup.