Gagal tahan nafsu hingga terlanjur dengan suami orang, wanita rupanya disihir dari remaja lagi

Oleh MAISARAH AISYA

Ramai yang memandang serong kepada wanita berstatus janda sehingga wujud pelbagai lagu mengenai si dara atau janda.

Banyak persepsi yang melihat janda ini sebagai ‘berpengalaman’ secara zahir dan juga batin.

Buat wanita ini, dia berkongsi bagaimana dirinya selepas diceraikan suami pertama gagal menahan nafsu hingga terlanjur dengan suami orang.

Di bawah adalah perkongsian tersebut.

Aku seorang wanita berkerjaya sekitar umur 40-an sudah mempunyai suami baru selepas bercerai dengan suami pertama.

Aku pada zaman remaja dan sebelum berkahwin bukanlah seorang yang liar, dari perwatakan luaran dan pemakaian tiada yang akan menyangka aku seorang wanita yang banyak berdosa, melakukan zina.

Perkara ini berlaku sejak aku bercerrai suami pertama. Walaupun aku nampak biasa-biasa sahaja, tetapi hakikat menjadi seorang janda bukan semudah disangkakan.

Semasa remaja aku boleh menjaga diri dan maruah, tetapi setelah menjadi janda, aku kalah dengan nafsu sendiri.

Aku berhubung dengan suami orang, Mazlan dan kami terlanjur sebelum aku berkahwin dengan suami yang sekarang, Muhammad.

Namun perkahwinan kedua juga diuji sehingga kami hampir bercerai. Ketika dalam tempoh pergaduhan, kami berpisah tempat tinggal.

Aku kembali jatuh ke lembah penzinaan dengan Mazlan malah aku juga dirogol oleh seorang penagih dadah.

Untuk menceritakan terlalu panjang tetapi aku ringkaskan sebagai dirogol kerana semua perlakuan itu aku buat tanpa sedar ibarat dipukau.

Segala perbuatan bermula dengan masuk ke dalam kereta dan mengikuti sahaja ke hotel hinggalah melakukan perbuatan terkutuk itu.

Sebelum kejadian itu, aku pertama kali dalam hidup diberi dadah jenis ice oleh Zam dan aku mengikuti sahaja.

Aku tak sangka langsung dengan apa yang terjadi. Ibarat aku disihir, mungkin bukan semua orang percaya dengan kewujudan sihir.

Mungkin ada yang akan mengatakan aku mengikut hawa nafsu sendiri, tapi yang berlaku pada diri aku adalah bukti bahawa sihir itu wujud.

Aku sebenarnya telah disihir oleh lelaki dari awal zaman remajaku entah kenapa aku ibarat mudah dimasuki sihir oleh sesiapa sahaja.

Paling teruk adalah apa yang berlaku dengan Zam dan Mazlan tersebut. Aku betul-betul menyesal dengan apa yang telah terjadi. Menyesal mengenali mereka semua.

Di waktu aku sedar dan memohon kemaafan dari suami, apa yang aku namakan ‘miracle’ kuasa Allah sebenarnya berlaku.

Dengan taubat nasuha yang bersungguh aku berterus terang dengan suami mengenai perzinaan aku.

Perkara yang aku paling takut buat masa itu adalah pengakuan. Aku memang sangat-sangat takut.

Paling tak boleh terima bila suami ampunkan semua dosa-dosa aku dan air mata kami berdua memang tidak berhenti mengalir selama beberapa minggu tersebut

Aku ingatkan pada mulanya suami akan terus menceraikan atau membunuhku dan semua lelaki itu.

Tetapi dia menerimaku dengan tangan terbuka, Ya Allah dia lelaki yang sangat baik Ya Allah.

Suami dan aku sendiri yang merawat diri aku sepanjang tempoh berubat daripada sihir tersebut.

Bau busuk seperti bangkai keluar dari kemaluan aku sendiri yang aku tak pasti orang lain dapat bau atau tidak tetapi aku cuci setiap hari dengan ajaran suami aku.

Dia ajar cuci dengan menggunakan air yang aku tahan dari kawasan dagu semasa mandi dan alirkan pada kemaluan sambil selawat.

Berulang kali aku buat berminggu-minggu sambil menangis. Dia terus merawat aku sepanjang beberapa minggu dengan Al Quran.

Suami bukanlah ustaz atau sesiapa, tapi aku yakin dengan dia dan kami tidak berubat di tempat ruqyah kerana hal ini terlalu memalukan dan mengaibkan untuk dicerita kepada orang lain.

Jadi suami ambil keputusan mengubati diri ini dengan ikhtiar dia dan aku sendiri. Dia juga mandikan saya kadang-kadang.

Alhamdulillah Allah izin segala bau busuk tersebut hilang dan perkara paling indah berlaku pada Hari Raya Puasa tahun ini.

Pada Hari Raya, saya dapat bau suatu wangian di udara yang saya tak dapat gambarkan bau dia di dunia ini.

Ibarat wangian bunga atau pewangi kasturi dan bau tersebut saya bau di udara dan pada badan suami saya padahal dia tak memakai perfume masa tu.

Ya Allah air mata saya memang mengalir tanpa henti. Sepanjang tiga hari saya dapat bauan tersebut di udara dan pada suami.

Allah bagi saya deria untuk bau tersebut selama Hari Raya dan walaupun sekarang sudah hilang tetapi saya masih teringat sampai sekarang dan merindukannya.

Sehingga kini saya nasih tak memahami semua yang terjadi dan tak tahu apakah taubat saya diterima atau tidak.

Tetapi kejadian yang terjadi di tahun ini sangat berbekas di hati saya. Kebenaran bahawa wujud hal-hal mistik yang selama ini setengah kita tak percaya.

Tetapi bila ia berlaku, membuka mata saya akan hal-hal ghaib yang sebenarnya wujud seperti sihir dan sebagainya.

Bila berlaku pada diri sendiri baru kita merasainya dan mempercayainya

Sehingga sekarang saya akan terus bertaubat dan tidak akan ulangi kesalahan dan dosa saya.

Terima kasih pada suami yang di masa itu memberi peluang. Kalau tidak entah apa berlaku pada saya.

Baca juga: Buat tak endah anak sakit, rupanya suami durjana sibuk bermaksiat dengan adik ipar