“Gaji aku bawah paras minimum, ia dikira perkara biasa dekat negeri ni, aku nak juga merasa simpan duit…”

Oleh MAISARAH AISYA

Masih ada majikan yang menggunakan pekerja atas kepentingan sendiri, masa buka kerja kosong, bidangnya hanya satu tapi bila kerja segala benda jatuh atas bahu.

Gaji pula diberi berdasarkan satu kerja umum, kerja lain tu dah macam amal jariah pula maka siapa sahaja yang tahan kerja tempat sama.

Satu individu meluahkan rasa kecewa dengan majikan yang memberinya gaji rendah hingga dia mahu berhenti tapi dihalang.

Di bawah adalah kisah yang diambil dari portal luahan perasaan atas talian.

Aku bekerja di sebuah negeri yang ramai ulama. Kerja aku ok cuma masalahnya, aku bekerja dengan gaji di bawah paras minimum meskipun aku graduan lepasan ijazah.

Jujur aku cakap, gaji pekerja di restoran makanan segera jauh lebih besar daripada gajiku. Aku tak kisah dengan tekanan di tempat kerja. Lambakan kerja itu biasa.

Kerja lebih masa itu juga sudah menjadi lumrahku. Kena datang kerja pada hujung minggu tanpa gaji itu juga biasa.

Aku tidak kisah untuk korbankan masa aku demi kerja. Tetapi mengenangkan gaji yang sangat rendah, lama-kelamaan aku jadi tertekan kerana desakan ekonomi.

Untuk tempoh satu ke lima tahun aku tak kisah. Tapi selepas lima tahun, gaji aku masih begini (belum stabil dan tidak tetap serta gaji masih belum cecah RM2k), aku jadi tawar hati.

Bukannya aku tak mahu berhijrah ke negeri lain, tapi tolonglah faham bahawa aku masih diperlukan oleh keluarga untuk uruskan orang tuaku yang kurang sihat.

Jadi aku memang tak boleh tinggalkan ibuku. Aku teringin nak lari cari kerja lain, tapi realitinya, kerja zaman sekarang sangat susah.

Gaji yang rendah terpaksa aku terima tanpa banyak komplen sebab inilah realiti di pantai timur. Aku teringin nak buat part time kerja lain, dan mungkin juga berbisnes online. Tapi jujur aku tiada masa.

Kerja sekarang ni malam-malam pun boss kacau aku mintak buat ad hoc task. Hujung minggu pun call kena selalu alert.

Aku ni memang tak ada masa nak buat kerja lain. Tambahan pula aku orang penting syarikat.

Kebetulan pula aku ni serba boleh. Lukis pelan boleh, urus media sosial boleh, jadi akauntan boleh, jadi HR boleh, buat design boleh.

Kadang-kadang aku menyesal tunjuk aku pandai. Akibatnya, aku memang betul-betul dipergunakan oleh boss demi kepentingan syarikat.

Aku dah cuba nak berhenti supaya aku boleh job hunting, tapi boss memang tak nak lepaskan aku. Aku cuba demand gaji tapi alasan boss, syarikat pun tak kukuh mana.

Kawan-kawan lain pernah je cabut lari, tapi sudahnya kawan tu tak jumpa pun kerja lain sebab kerja semua susah.

Ikutkan keje sini okay je. Boss pun ok je sebenarnya, tak la menyakitkan hati. Kawan-kawan pun ok. Aku gembira je keje sini. Aku tahu kerja happy pun rezeki juga.

Tapi sejak akhir-akhir ini, aku jadi tak happy apabila mengenangkan gaji. Aku tak ada komitmen pun. Aku tiada hutang PTPTN, tiada hutang kereta atau rumah.

Syukur aku memang zero hutang. Tapi aku memang langsung tiada simpanan dan aset.

Duit gaji aku tu la aku guna untuk tampung keluarga aku, bagi makan keluarga aku. Jadinya, hujung bulan confirm licin.

Gaji aku sangat tidak bermaruah untuk segala sumbangan aku kepada syarikat. Mesti ada yang terfikir, kenapa tak report kepada pejabat buruh?

Jujurnya aku pernah dah report masa aku kerja kat company lama dulu. Aku report dulu sebab gaji aku tidak dibayar.

Tapi jawapan pejabat buruh sangat menghampakan. Dia kata, kalau tak ada offer letter dan tak ada hitam putih, mereka tak boleh buat apa. Samalah macam company aku sekarang.

Oh ye, gaji rendah macam aku ni sangat biasa di pantai timur. Sedangkan yang kerja dengan sektor kerajan atau badan berkanun negeri pun masih ada yang dibayar gaji tidak bermaruah (terutamanya staf tidak tetap atau taraf PSH).

Aku tak tahulah nak mengadu kat siapa. Aku pernah mengadu kat menteri besar tapi menteri besar bukan nak ambil port sebab dia fikir senang dia je.

Aku pernah email kat mb tapi mb tak balas hmm. Tapi yelah aku sedar diri. Aku bukan siapa-siapa.

Baca juga: “Aku ingat lepas kahwin suami berubah, rupanya makin ‘aktif’ siap, langgan lelaki untuk puaskan nafsu”