“Gaji bersih tu RM800 je, tu pun ada hati nak kahwin dua, rumah, kereta semua atas nama aku..”

Oleh MALAYSIADATELINE

Zaman sekarang bab poligami sahaja laju, bila ditanya bab nafkah, tak semua berkemampuan tapi nak juga ada isteri banyak.

Bila dipersoal mula cakap sunnah tapi benda sunat lain tak ada pula diamalkan hanya bab kahwin sahaja nak ikut.

Seorang wanita nekad berjumpa dengan suami dan individu yang ingin menjadi isteri kedua.

Di bawah adalah kisah yang diambil dari Facebook.

Suami aku curang dengan janda anak satu. Aku cuma tahu bila perempuan tu sendiri berani hubungi dan mesej aku aku untuk izinkan suami nikah lagi.

Jadi aku pun tanya suami, dia mengaku dia nak nikah. Aku cakap bagi aku masa tiga hari untuk bersedia.

Tiga hari lepas tu, aku jumpa perempuan tu sama-sama dengan laki aku. Duduk semeja kat restoran mahal.

Kalau duduk tiga orang makan mahu dekat RM200 kot aku rasa. Laki aku ingat nak suai kenal agaknya, sengih bukan main amboi, gatal miang ye kau bukan main lagi.

Aku siap buat pesanan makanan dan minuman untuk mereka, biar habis makan dulu biar kenyang.

Habis makan, aku susun pinggan letak ke tepi aku tanya perempuan tu, sungguh ke nak nikah dengan suami kami.

Dia angguk-angguk senyum simpul, amboi suka eh nak ambil suami orang, aku bawa keluar slip gaji laki aku.

Aku tunjuk gaji bersih dia lepas tolak habis tinggal RM800, geran kereta, rumah, motor semua atas nama aku.

Suami aku tu tak ada harta pun, dah kahwin nanti ingat cukup ke nak bayar pampers semua tu, ingat aku nak bayarkan.

Aku siap persoal bulan-bulan dia bagi RM100, RM200, aku tanya perempuan tu sedia ke tak dapat nafkah nanti.

Aku suruh mereka berdua fikir elok-elok, ni baru bab zahir belum bab batin lagi, kadang tu sebulan sekali je bersama.

Habis tu, aku suruh diorang balik naik Grab, sebab tu kereta aku kan. Mereka berdua kena belajarlah lepas ni cari kenderaan sendiri, dah gatal sangat nak kahwin.

Esok tu suami cakap dia tak jadi kahwin, minta maaf sampai menangis, janji tak buat hal dah nak pasang isteri lain.

Perempuan tu pun mesej benda sama, tak mahu kahwin, siap minta maaf sebab katanya dia dah sedar salah dia.

Aku cakap dekat suami aku, kalau tak sedar diri lagi, aku nak frame slip gaji dia kat dinding rumah, siap buat gambar dekat Facebook baru orang tahu mampu ke tidak.

Baca juga: Belasan tahun berhenti kerja, lelaki ini pilih jadi suri rumah – “Isteri kerja dan sibuk urus 2 perniagaan”