Gaji besar bukan jaminan sekat rasuah, kata Musa

Gaji besar bukan jaminan sekat rasuah, kata Musa

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berpandangan orang yang mempunyai gaji besar bukan jaminan tidak terbabit dala rasuah.

Musa dalam posting di twitternya dipercayai respon kepada cadangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) semalam.

Musa berkata, rasuah dapat dibendung dengan meningkatkan kesedaran rohani dan bukannya menaikkan gaji penguatkuasa.

“Orang kata gaji besar kurang rasuah adalah subjektif.

“Tingkatkan kesedaran kerohanian. Gaji besar tidak menjaminkan rasuah dapat disekat,” katanya.

{loadposition myposition} Semalam dalam satu kenyataan dipetik Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad mencadangkan kerajaan supaya mengkaji semula skim gaji penguatkuasa untuk membendung gejala rasuah dan salah guna kuasa.

Katanya, cadangan itu penting bagi mengelakkan anggota dan pegawai agensi penguatkuasa khususnya polis terjerumus ke dalam jenayah rasuah.

CATEGORIES
TAGS