Gaji minima akan dikaji semula

Gaji minima akan dikaji semula

M Kulasegaran

Isu kadar gaji minimum yang dinaikkan hanya RM50 kepada RM1,050 akan dibawa semula ke kabinet minggu depan, kata Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran.

Katanya, beliau setuju untuk membentangkan semula isu itu kepada jemaah menteri selepas mendengar pandangan wakil 17 kesatuan sekerja yang bertemu dengannya hari ini.

“Saya akan bawa perkara itu ke Kabinet untuk memahami dan memikir semula apakah tindakan susulan yang perlu diambil dan pandangan-pandangan mereka (juga) akan dikaji dan akan diambilkira (oleh Kabinet),” katanya kepada media di Parlimen, hari ini.

Kula menjelaskan isu berkenaan perlu diputuskan oleh jemaah menteri yang telah mengkaji dan mencapai kata sepakat yang terbaik.
.
Pada pertemuan dengan wakil kesatuan sekerja itu pagi tadi, Kula menerangkan kepada mereka jumlah kenaikan RM50 itu dicapai oleh kerajaan Pakatan Harapan berikutan komplikasi luar jangka kerana masalah ekonomi sekarang di termasuklah hutang negara selepas parti itu mengambil alih kerajaan pada 9 Mei lalu.

Pada 5 September lalu kerajaan mengumumkan pelarasan gaji minimum akan dilaksanakan di seluruh negara bermula 1 Januari tahun depan

Kadar gaji minimum itu ditetapkan pada RM1,050 sebulan atau RM5.05 sejam.

Ia merupakan salah satu daripada 10 janji Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 Mei lalu.

9.0
OVERALL SCORE
: 9.0
Have no any user vote