Gaji minima: Kerajaan harus beri penjelasan terperinci kepada rakyat

Gaji minima: Kerajaan harus beri penjelasan terperinci  kepada rakyat

Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Md. Shukri Shuib,berkata, isu gaji minima harus diberi penjelasan terperinci kepada rakyat terutama dalam sektor perkhidmatan membabitkan pekerja asing.

Beliau berkata, isu ini perlu dikaji dengan lebih mendalam lagi dan jika ada mekanisme lain yang boleh diguna pakai untuk menyelesaikannya agar ia tidak menimbulkan polimik dikalangan masyarakat.

“Sebagai contoh, jika sesebuah rumah memiliki perkhidmatan pembantu rumah apakah mereka layak menerima gaji minima seperti yang ditetapkan oleh kerajaan,” katanya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.

Selain itu, Md Shukri juga turut menjelaskan kenaikan gaji minima ini juga seharusnya diberi kepada penjawat awam bukan hanya tertumpu kepada sektor swasta sahaja.

“Penjawat Awam juga merupakan pekerja yang menyumbang tenaga mereka dalam ekonomi Malaysia, jadi saya fikir penyelarasan gaji ini bagi penjawat awam juga amat penting untuk diberi insentif hasil daripada usaha mereka,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menambah dengan pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) mampu menambah hasil negara dan megurangkan beban rakyat.

“Jikalau dilihat, SST hanya dikenakan kepada beberapa barang sahaja berbanding GST yang meliputi kesemua barang dikenakan cukai,” ujarnya.

Beliau berkata, rakyat tidak lagi terbeban dengan cukai yang tinggi hanya untuk membeli barangan kelengkapan harian seperti dilakukan kerajaan terdahulu.

Justeru dengan kenaikan RM50 gaji minimum ini ia tidak memberikan kesan kepada kuasa beli rakyat negara ini, katanya.

Baca: MEF, MTUC mahu gaji minima dikajisemula

Kenaikan RM50 tidak cukup

Berhubungan isu sama megenai gaji minima ini, hasil daripada tinjauan wartawan Malaysia Dateline terhadap respon orang ramai mendapati sebahagian daripada pekerja swasta di Kuala Lumpur berpendapat kenaikan RM50 itu tidak mencukupi  tambahan lagi apabila cukai jualan dan perkhidmatan (SST) baru saja dilaksana pada 1September lalu.

Ho Che Seng

Mereka berpandangan jika kerajaan gagal memantau peniaga, kenaikkan harga barangan akan berlaku selepas gaji minima dilaksana pada Januari tahun depan..

Pekerja swasta, Ho Che Seng, 42, berkata, kenaikan gaji ini sedikit sebanyak dapat membantu pendapatan isi rumah namun, pastinya kenaikan harga barangan akan
berlaku.

“Kenaikan gaji ini sesuatu yang bagus namun, ianya amat sedikit (RM50) jika dibandingkan dengan apa yang dijanjikan kerajaan.

“Tambahan lagi dengan landskap ekonomi negara, jika negara hendak maju proses jual beli dalam negara juga perlu berkembang, apabila rakyat tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk berbelanja, maka proses jual beli juga tidak meningkat dan  negara juga tidak akan maju,” ujarnya.

Beliau merujuk kepada janji kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini pada Pilihan Raya Umum ke-14 di dalam manfesto untuk menaikkan gaji minima RM1500.

Ummur Khaltom

Sementara itu, seorang kerani, Ummu Khaltom Yassin, 25 mengakui pendapatan isi rumahnya tidak mencukupi tinggal di ibukota Kuala Lumpur sehingga beliau terpaksa  bekerja bagi membantu suaminya.

“Saya terpaksa bekerja bagi menampung perbelanjaan harian, gaji suami mencukupi untuk bayar segala bil utiliti dan kereta. Gaji yang saya terima setiap bulan pula digunakan untuk perbelanjaan harian kami sekeluarga.

“Saya merasakan kerajaan perlu menambah menaikan lagi gaji minima. Apabila SST dilaksanakan peniaga pasti akan mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barangan dan menyebabkan kami sebagai pekerja biasa terasa kesimpatan untuk  menanggung keperluan harian,” katanya.

 

9.0
OVERALL SCORE
: 9.0
Have no any user vote