Gaji  pengerusi Mavcom RM85,000 sebulan dedah menteri pengangkutan

Gaji pengerusi Mavcom RM85,000 sebulan dedah menteri pengangkutan

Putrajaya hari ini mendedahkan pengarah eksekutif Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) memperoleh RM85,000 sebulan, di tengah-tengah kajian semula gaji badan-badan dan syarikat-syarikat kerajaan yang sedang berjalan.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata jumlah itu kenaikan 8% daripada RM78,300 dalam tempoh 2 tahun sejak Mavcom ditubuhkan pada 2016.

“Jumlah itu lebih tinggi daripada gaji pokok perdana menteri yang sebanyak RM20,000 lebih sebulan,” katanya seperti dilaporka FMT.

Anthony Loke mendedahkan hasil kajian semula badan dan syarikat kerajaan.

Beliau berkata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di mesyuarat jemaah menteri hari ini bersetuju untuk mengkaji semula semua gaji pengerusi suruhanjaya, syarikat berkaitan kerajaan dan badan berkanun.

Mavcom muktahir ini dikritik kerana pengenaan levi RM1 sejak awal bulan ini. Levi itu juga ditambahkan pada tiket syarikat penerbangan.

Belanjawan operasi juga menjadi perbualan kempen Facebook “Move Against Mavcom”, yang mempertikaikan peruntukan tahunan kira-kira RM25 juta untuk sebuah pertubuhan yang mempunyai 59 kakitangan.

Loke berkata kerajaan tiada rancangan untuk menutup Mavcom sementara menunggu laporan kajian semula.

Loke berkata Mavcom yang ditubuhkan pada 2016 diberi dana permulaan RM90 juta dan sejak itu membiaya operasi dengan sendirinya.

Beliau dimaklumkan kos operasi Mavcom mencecah RM25 juta.

9.0
OVERALL SCORE
: 8.0
1 user vote x 10.0
CATEGORIES
TAGS