Gaji RM900 pun gatal kahwin 2, wanita nekad robohkan rumah harga RM90k sampai skandal suami pun menangis

Oleh MAISARAH AISYA

Semakin banyak kes curang yang berlaku dalam pasangan yang sudah berkahwin di Malaysia, dan rata-rata mereka ini bukanlah daripada golongan berkemampuan.

Tidak sedar diri tidak berharta, seorang lelaki sanggup menduakan isteri demi wanita yang sudah berkahwin lain.

Kisah pasangan tersebut dikongsi oleh pengguna TikTok, Zaleha Baba menceritakan semula kisah seorang isteri yang juga salah seorang pengikutnya

Dalam video tersebut, Zaleha berkongsi mengenai wanita yang juga ibu kepada tiga anak memilih untuk bercerai dengan suami selepas 12 tahun usia perkahwinan.

“Saya dapat daripada orang (pengikut) di TikTok, dia bercerai pada tahun 2021 selepas 12 tahun berumah tangga. Dia ada tiga orang anak dan ijazah.

“Dia mengenali suaminya daripada tiada apa-apa. Sampailah mereka kahwin masih tiada harta. Tetapi dia terima seadanya,” katanya.

Tidak pernah sekalipun mengungkit mengenai perihat suami dengan gaji pokok sebanyak RM900 sebulan.

Malah dia menerima suaminya walaupun sedar kehidupannya sebelum berkahwin jauh lebih senang dan mewah.

Tatkala usia menjengah 40 tahun, akhirnya hatinya hancur selepas menemukan bukti kecurangan suami bersama wanita yang masih memegang status isteri orang.

“Genap umur 40 tahun dia (suami) ada hubungan sulit (scandal) dengan isteri orang anak tiga.

“Jadi mereka bercerai selepas kantoi suami bergambar atas katil dengan orang lain, isteri minta cerai.

“Apabila sudah minta cerai, sebelum tu, bapa mentua isterinya pernah beli tanah tapi kesilapannya dia pergi buat rumah atas tanah tu.

“Kos rumah dibina RM90,000. Jadi selepas berlakunya penceraian, bapa mentua minta semula tanah,” tambahnya lagi.

Berang dengan kecurangan suami, wanita tersebut nekad memusnah rumah yang dibina dan diubah suai menggunakan duitnya.

Setelah empat bulan kahwin lain, barulah si lelaki sedar bahawa selama ini bekas isterinya yang memberikan kemewahan kepada kehidupan mereka.

“Jadi alang-alang sudah tanggung kerugian, si isteri pecahkan rumah. Jadi skandal si suami ini sudah menangis memikirkan di mana dia mahu tinggal

“Setelah empat bulan berkahwin, suaminya menyesal apabila mengenali sikap sebenar isteri baharu.

“Selama ini lelaki ini hidup selesa walaupun bergaji RM900 kerana isteri yang tanggung sehingga mampu menggunakan kereta mewah,” ujarnya.

@zalehababa7

siasat dulu lah wahai wanita2 sebelum nak amik laki org tu🤣🤣🤣

♬ original sound – Zaleha Baba – Zaleha Baba

Baca juga: Labur wang, tanah atau emas yang mana lagi untung? Ini jawapan mentor kewangan