Malaysia Dateline

Gaji tinggi, mata wang kukuh daripada RM punca ramai berhijrah, kerja di Singapura

Selain gaji lima kali ganda keadaan mata wang Dollar Singapura lebih kukuh daripada Ringgit Malaysia (RM) antara menjadi punca ramai rakyat negara ini berhijrah ke Singapura.

Bahkan gaji yang ditawarkan di Singapura menjadi tarikan utama bagi rakyat negara ini sanggup bekerja atau ada yang berulang-alik ke negara itu.

Difahamkan, lebih separuh golongan pekerja dari Malaysia berkhidmat dalam bidang profesional dan 80 peratus yang lain bekerja dalam sektor perkhidmatan, lapor Channel News Asia.

Antaranya termasuk Dr. Khoo Yong Khean, 39, yang merupakan seorang pegawai saintifik di Sekolah Perubatan DUKE-NUS.

Pada 2017 beliau sangup meninggalkan perkhidmatan awam di Malaysia dan memilih bekerja di Singapura.

Katanya, walaupun Malaysia memiliki kekurangan dalam bidang penyelidikan perubatan berbanding Singapura, namun, laluan kerjaya seorang doktor di Malaysia lebih tersusun.

“Saya mahu belajar dan meneroka perkara tentang penjagaan kesihatan.

Gaji tinggi, mata wang kukuh daripada RM punca ramai berhijrah, kerja di Singapura

“Singapura adalah hab penjagaan kesihatan utama di rantau ini. Ia berkait rapat dan mudah menyesuaikan diri dari aspek budaya serta dekat dengan rumah,” katanya.

Beliau berkata, gaji yang ditawarkan di Singapura merupakan faktor tarikan yang mempengaruhi keputusannya, lebih-lebih lagi nilai mata wang dolar Singapura lebih kukuh berbanding ringgit.

Jururawat, Jamunah Arumugham juga berpandangan yang sama telah berpindah ke Singapura pada 2011 di mana sebelum ini beliau pernag mendapat latihan di Melaka.

Menceritakan bagaimana beliau tertarik bekerja di Singapura bermula untuk menimba pengalaman kerja.

Katanya, disebabkan peningkatan imbuhan yang diterima membolehkan dia menyelesaikan pinjaman pelajaran serta meringankan beban kewangan keluarga.

semasa bekerja di Hospital Universiti Nasional Singapura, dia memperoleh pendapatan sekitar 2,500 dolar Singapura (RM7,927) sebulan, lebih lima kali ganda daripada gaji yang pernah diterima sebagai jururawat muda di Melaka sebanyak RM1,500.

Arumugham, 35, kini tinggal bersama suami dan anak lelakinya berusia tiga tahun di Johor Bahru dan kerap berulang-alik merentas sempadan untuk bekerja.

“Saya mempunyai banyak komitmen kewangan pada masa ini seperti pinjaman rumah, kereta dan menyara keluarga. Amat sukar untuk saya berhenti kerja dan pulang bekerja di Malaysia,” katanya dipetik Utusan Malaysia.

Baca juga: “Orang Dubai ada jet pun senyap, kekayaan sesetengah kita tempat tidur pun nak tunjuk”

Baca juga: Ngeri! Terbakar selepas berlanggar, wanita rentung ditemui dalam kereta