Malaysia Dateline

‘Gaji zaman purba, harga rumah zaman kereta terbang’, netizen jawab sebab sukar dapat pinjaman sampai banyak rumah tak dapat dijual

Gaji bulanan majoriti rakyat yang terlalu rendah manakala harga rumah seperti zaman kereta terbang dianggap punca bakal pembeli rumah sukar mendapat pinjaman mengakibatkan banyak rumah siap tidak terjual.

Orang ramai berpendapat kerajaan pula pada masa sama gagal mengawal harga rumah sehingga mencecah harga hanya mampu tengok sahaja.

“Gaji kecil. Graduan baru kerja pun gaji RM1,500 pun ada. Padahal, harga rumah pula naik ikut suka pemaju nak letak.

“Kerajaan tak kawal sebab nak ‘ngap’ kat cukai jualan. Rakyat kena tunggu tua sikit dan cari pasangan yang bekerjaya baru dapat beli rumah.

“Rumah tinggi di KL pun paling rendah RM400,000. Rumah teres pula sudah bermula RM500,000,” kata Ezyne Hj Mahmood.

Sementara itu, Taqim Aziz pula menulis, “Gaji zaman purba. Harga rumah zaman kereta terbang. Kapitalis betul negara ni” manakala Afendy Khalily berkata, “kerajaan pun tak control bahan binaan. Harga tanah pun tinggi. Rakyat juga derita.”

Dalam hal berkaitan, Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), Datuk NK Tong dilapor berkata, sebahagian rumah siap tidak terjual berlaku berikutan beberapa faktor termasuk isu pembeli yang sukar mendapat pinjaman bank.

Menurutnya, walaupun pinjaman diluluskan tetapi margin pembiayaan tidak ideal, seperti 70 peratus.

“Ia memberi kesan kepada keupayaan seseorang individu untuk membeli rumah, kerana deposit sebanyak 30 peratus serta bayaran lain yang perlu dibayar, adalah agak tinggi,” dipetik BH.

Baca juga ‘Agak-agaklah sewa flat sampai RM1,400’