Galakkan semangat saling faham memahami antara satu sama lain

Galakkan semangat saling faham memahami antara satu sama lain

Pengarah Pendidikan Politik DAP Liew Chin Tong menyeru supaya semangat untuk saling faham memahami dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama perlu digalakkan.

Beliau berkata demikian forum khas Ramadan di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail di Kangar, Perlis 30 Mei lalu.

Kata Chin Tong, beliau amat berbesar hati atas jemputan sahabat beliau, Datuk Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin untuk menyertai forum berkenaan pada petang 30 Mei lalu.

Katanya, beliau berkongsi pandangan dalam banyak perkara dengan Dr Mohd Asri Zainul Abidin, terutama hal-hal agama dan perpaduan kaum.

“Saya menyatakan bahawa pada era “Malaysia Lama”, asas hubungan antara kaum adalah ketakutan.

“Ia menjadi punca kita curiga antara satu sama lain. Kini dalam era “Malaysia Baharu”, saya berharap kita dapat kurangkan rasa takut, dan sebaliknya kita menggalakkan semangat saling faham memahami antara satu sama lain.

“Saya melibatkan diri dalam proses pembinaan negara sebagai seorang warga Malaysia. Memang benar dari segi budaya, saya seorang Cina, tetapi dari sudut politik dan kenegaraan, saya anak Malaysia.

“Saya melihat diri saya sebagai warganegara Malaysia, dan pandangan saya adalah pandangan seorang rakyat Malaysia, dan bukan dari perspektif kaum Cina,” tulis beliau dalam Facebooknya.

Oleh sebab itu kata Chin Tong, semangat dan isi adalah lebih penting daripada bentuk atau rupa, “substance is more important than form”.

Jelas beliau, dalam politik agama, beliau melihat rakyat Malaysia telah banyak membuang masa mempertahankan identiti tetapi kita lupa makna sebenar yang cuba disampaikan oleh agama.

Bagi beliau, walaupun teks memang penting, konteks sebenarnya lebih penting. Bila kita faham konteks, barulah teks ini ada maknanya.

“Saya melihat Islam sebagai agama sejagat. Di Perlis, orang Muslim menjadi majoriti tetapi di London, ia merupakan minoriti.
Namun, Islam sama sahaja walau di mana ia berada. Yang penting adalah nilai-nilai islam itu. Nilai-nilai ini mempunyai asas yang sama untuk semua manusia.

“Inilah cabaran untuk semua agama, iaitu bagaimana kita berpegang kepada nilai-nilai yang sama, sama ada kita majoriti atau minoriti. Yang penting kita perlu konsisten.

“Kita sudah terlalu biasa mementingkan identiti kaum. Tetapi sebenarnya dalam kehidupan dan kenegaraan, kita sama-sama memerlukan pekerjaan, makan minum, pendidikan untuk anak-anak, pengangkutan yang baik, air yang bersih, dan sebagainya. Ini bukan soal kaum kerana kita sebagai warga Malaysia sama-sama memerlukannya,” katanya.

Tambah beliau, mungkin makanan kita berbeza sedikit tetapi beliau juga suka makanan Melayu. Mungkin bahasa kita berbeza sedikit tetapi beliau boleh berbahasa Melayu, dan ia tidak pula menghakis bahasa Cina beliau.

“Kita perlu ingat bahawa tidak ada apa yang dikatakan ekonomi kaum Cina, ekonomi India atau ekonomi Melayu. Yang ada hanya ekonomi Malaysia yang melibatkan semua rakyat Malaysia,” katanya.

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote