Gamis dakwa polisi bayar hutang PTPTN kerajaan PH lebih kejam daripada BN

Gamis dakwa polisi bayar hutang PTPTN kerajaan PH lebih kejam daripada BN

Dasar kerajaan yang memperkenalkan potongan secara automotik bagi peminjam PTPTN yang berpendapatan lebih daripada RM1,000.00 bagi graduan universiti adalah sangat zalim dan menekan hidup anak muda Malaysia.

Presiden Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia(Gamis) Muhammad Faizzuddin Mohd Zai berkata, jelas terbukti dalam Bajet 2019 bahawa polisi pembayaran hutang PTPTN kerajaan PH lebih kejam terhadap anak muda berbanding kerajaan Umno-BN.

“Kami anak muda konsisten mengatakan bahawa hutang wajib dibayar dan ia adalah tangguingjawab asas bagi setiap orang Muslim.

“Kami juga ingin mengajak kerajaan untuk memahami bahawa Islam mempunyai konsep yang jelas, adil, dan bertimbang rasa dalam isu pembayaran hutang.

“Allah SWT secara jelas telah memerintahkan kepada orang yang memberi hutang untuk memberikan masa kepada orang yang berhutang sehingga mereka mampu untuk keluar daripada kesempitan hidup mereka.

“Kerajaan sepatutnya memperkenalakan polisi ekonomi yang membantu pemerkasaan ekonomi anak muda, bukannya menekan hidup anak muda,” ujarnya dalam kenyataan.

Beliau berkata, daripada data kajian yang dilakukan oleh KPT (Kajian Pengesanan mahasiswa 2016), sebanyak 89.1% daripada mahasiswa graduan diploma yang berkerja mempunyai pendapatan sebanyak RM2,000.00 dan ke bawah sebulan dan sebanyak 48% mahasiswa graduan ijazah pertama mempunyai pendapatan RM2,000.00 dan ke bawah.

“Melalui fakta di atas, jelas ternyata bahawa hampir keseluruhan graduan bertaraf diploma dan hampir separuh graduan ijazah tahap pertama yang hidup di bawah tahap gaji minima seperti yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia.

“Kami anak muda menyeru kepada kerajaan agar tidak bertindak seperti Ah Long yang mengutip hutang secara paksa kerana ia adalah tindakan yang tidak berperikemanusiaaan dan bertentangan dengan prinsip Islam.

“Kembalilah kepada nilai-nilai Islam, gaya pemerintahan Islam, dan akhlak Islam, insyaAllah negara akan selamat dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT,” ujarnya.

Beliau juga melahirkan rasa kekesalan dengan reaksi Menteri Pendidikan dalam pengulungan Belanjawan 2019 pada 19 November lalu yang dakwanya tidak langsung menyentuh mengenai hutang PTPTN.

“Pada 2 November 2018 yang lalu, sejarah hitam bagi anak muda Malaysia telah tercipta apabila Menteri Kewangan Malaysia,melalui pembentangan Bajet 2019 telah mengusulkan satu polisi yang sangat membebankan anak muda iaitu sistem potongan gaji secara automatik

“Anak muda juga digemparkan dengan dasar potongan hutang (belum diketahui berapa peratus) yang diberikan hanya kepada mereka yang datang daripada keluarga B40 dan mendapat kelas pertama dalam pelajaran mereka.

Anak muda dikecewakan lagi apabila Menteri Pendidikan Malaysia ketika sesi penggulungan Bajet 2019 pada 19 November 2018 di Parlimen langsung tidak membahaskan isu PTPTN yang zalim ini dan tidak menunjukkan sebarang komitmen untuk mengubah polisi yang menekan anak muda ini,” ujarnya.